Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan sebanyak 3,551 jangkitan baru virus COVID-19 pada Khamis.

Menurut Dr Noor Hisham, Selangor kekal tertinggi dengan 1,137 kes baharu positif COVID-19.

Ia diikuti dengan Kuala Lumpur (477), Sarawak (391) dan Kelantan (326).

Hari ini, semua negeri ada mencatat kes baharu dan yang merekod paling rendah adalah Labuan (2) dan Perlis (3).

Jumlah keseluruhan kes COVID-19 terkini adalah sebanyak 427,927 kes.

Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian Covid-19.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', duduk di rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!