Syarikat Apple telah mengemas kini sistem pembantu suara Siri dengan informasi berkaitan COVID-19.

Dengan menggunakan maklumat yang disalurkan oleh Centers For Disease Control (CDC) dan Public Health Service Amerika Syarikat, Siri akan membantu pengguna dengan memberi beberapa soalan berkaitan simptom COVID-19.

Untuk fungsi ini pengguna hanya perlu mengaktifkan Siri dan bertanyakan sama ada mereka menghidap Koronavirus atau COVID-19.

Siri kemudian akan bertanya sama ada pengguna mempunyai tanda-tanda seperti demam, batuk kering atau masalah pernafasan.

Jika kebarangkalian itu tinggi, Siri kemudian akan menasihatkan pengguna supaya untuk berjumpa dengan hospital berdekatan atau membuat panggilan kecemasan.

Difahamkan, protokol COVID-19 pada Siri ini terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja.



Walaubagaimanapun, percubaan Gempak menggunakan fungsi ini menunjukkan Siri masih jawapan yang relevan apabila meminta supaya pengguna Malaysia mendapatkan maklumat di laman Kementerian Kesihatan.

Diharapkan fungsi sebegini diperluaskan kepada seluruh negara menerusi kemas kini yang akan datang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Sumber: Apple Insider