Sejumlah 2,500 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan negeri Selangor terus mencatatkan kes tertinggi dengan 637 kes baharu.

Sementara itu, negeri-negeri lain yang turut mencatatkan tiga digit kes COVID-19 hari ini adalah Kelantan (401), Sarawak (356), Johor (205), Kuala Lumpur (200), Pulau Pinang (194) dan Kedah (103).

Negeri yang mencatatkan kes bawah 20 adalah Putrajaya sebanyak tiga kes.

Negeri Perlis dan Labuan pula tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

Dalam perkembangan lain, hari ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan sehingga 17 Mei ini atau sehingga tarikh lain diputuskan kelak.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira lebih 13 kluster akibat merentas negeri dilaporkan di beberapa negeri sejak April lalu.

"Kami mengesan beberapa kluster yang tercetus dalam komuniti akibat majlis dan program seperti majlis pengebumian, perkahwinan, sambutan perayaan, majlis kesyukuran, majlis pertunangan dan bencana banjir," katanya.

Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian Covid-19.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', duduk di rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!


Sumber: Utusan Malaysia