Pasangan personaliti media sosial, Dahlia Rizal dan Imran Aqil berasa teruja untuk menyambut Ramadan sebagai suami isteri tahun ini.

Memandangkan ini pertama kali berpuasa sebagai seorang isteri, Dahlia berkata dia sudah membuat persiapan dari segi mental dan juga mencari resipi untuk bersahur.

“Saya dah cari resepi untuk nak bangun sahur tapi saya tak tahu jika saya boleh bangun atau tidak. Hari tu ada cuba ganti sahur tapi tertinggal pula.

“Jadi persediaannya saya kena bersedia mindset, mencari resepi untuk saya dan juga Imran supaya boleh masak bersama,” katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Suami Lupa Basuh Pinggan, Dahlia Rizal Merajuk Tidur Luar!


Dalam pada itu, Imran pula menyatakan rasa tidak sabar untuk melakukan ibadah seperti solat sunat tarawih bersama isteri kesayangannya di bulan yang mulia.

“Persediaan untuk puasa bagi saya pula, saya lebih banyak membeli pakaian seperti kurta untuk saya dan abaya untuk dia.

“Sebab mahu dipakai ketika bertarawih dan kami sangat teruja untuk melalui ramadan sebagai suami isteri bersama,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, pasangan ini juga telah dilantik sebagai duta jenama tempatan popular iaitu Leeyanarahman.

Untuk rekod, Imran dah Dahlia mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023 selepas setahun bertunang.