Ramai mengetahui bahawa pelakon popular Rita Rudaini memilih untuk tidak mengambil vaksin COVID-19 setakat ini.

Terbaru, sepotong video Rita bercakap tentang perkara tersebut tular di Twitter.

Antara yang diperkata Rita dalam video tersebut, dia mempertikai bagaimana boleh berlaku jangkitan COVID-19 di set penggambaran sedangkan semua yang terlibat sudah divaksin.

"Macam mana boleh boleh ada kejadian set shooting kena Covid? Covid tu mai dari mana? Ada posmen yang hantar ke? Geram lah ni, benda tu tak logiklah nak buat pelik sangat.

"Kita semua ni sebenarnya insan terpilih, Tuhan tu buka mata kita, Tuhan tu tak pilih orang yang pakai lebai ke, pakai jubah ke, orang yang belajar Oxford kat London ke apa semua, Tuhan tak pandang semua tu, kalau Dia berkehendak, Dia pilih siapa yang nak dipilih, untuk aku buka mata.

"Kita patut bersyukur, orang nak kata kita pelik ke tak normal ke, kita rasa hidup kita ni lagi normal daripada hidup orang yang vaksin tu tak normal, dia tak tahu dia kena cucuk, lepas tu lupa, normal ke?" katanya dalam video tersebut.

Dalam pada itu, Rita juga mempersoal kenapa golongan yang sudah menerima Vaksin COVID-19 masih memakai pelitup muka sehingga kini.

"Kata menyelamatkan nyawa, kata untuk antibodi, ha...dah cucuk tu bukalah mask! Jalan pakai mask lagi empat lapis pasal apa? Lepas tu jarak lagi, sembahyang pun jarak pasal apa?

"Kalau dah vaksin tu bagus sangat, patutnya nak bezakan orang dah vaksin dan belum vaksin, nak bezakan senang saja, hampa dah cucuk dua dos, dah nak masuk booster, roket semua dah, bukalah mask!" katanya lagi.

Setakat artikel ini ditulis, video yang dikongsi oleh akaun TikTok @pandekarmasdo itu ditonton lebih 260,000 pengguna Twitter dan diulang kicau sekitar 2,174.

Meninjau ruang balas pula, netizen meninggalkan pelbagai respon, ramai juga yang menentang apa yang diperkatakan pelakon filem Mami Jarum itu.

@pandekarmasdo #novaccineforme #novaccineforcovid19 #hakandahakkitasemua ♬ original sound - pandekarmasdo







Terdahulu, Rita pernah menjadi bualan hangat netizen apabila berkongsi amalan merebus bunga cengkih di kediamannya.

Selain itu, Rita juga selesa digelarkan sebagai prosafe dan bukannya antivaksin kerana dia sendiri pernah mengambil vaksin lain sebelum ini.

BACA: "Saya Bukan Antivaksin, Panggil Saya Prosafe" - Rita Rudaini

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!