Laman Utama

Dahlah Disaman Bekas Pengurus RM13 Juta, Ricky Martin Didakwa Pula Lakukan Keganasan Domestik?

gempak
Amri Hassan
04/07/2022
02:50 MYT
Sponsor Banner
Dahlah Disaman Bekas Pengurus RM13 Juta, Ricky Martin Didakwa Pula Lakukan Keganasan Domestik?
Hakim Puerto Rico telah mengeluarkan surat perintah penyekatan (restraining order) terhadap penyanyi popular Ricky Martin pada Jumaat lalu.
Jurucakap polis Puerto Rico, Axel Valencia memberitahu media antarabangsa bahawa pihak berkuasa telah ke kediaman Martin di Dorado untuk menahan namun sehingga kini penyanyi itu gagal dikesan.
"Sampai sekarang, polis masih belum menemuinya," kata Valencia seperti laporan AP.
Difahamkan satu aduan telah dibuat terhadap Martin di bawah Akta Pencegahan Keganasan Domestik dan Intervensi Puerto Rico atas dakwaan melakukan keganasan domestik terhadap seorang individu yang identitinya dirahsiakan.
Menerusi aduan itu pendakwa memohon perintah mahkamah agar Martin tidak menghubungi atau menghampirinya.
Dalam perkembangan sama, jurucakap Martin menafikan dakwaan terbabit.
"Tuduhan terhadap Ricky Martin yang merujuk kepada perintah mahkamah itu tidak benar dan rekaan semata-mata.
"Kami yakin semua tuduhan akan terjawab apabila fakta sebenar dikeluarkan," katanya memetik People.
Terdahulu, beberapa hari sebelum perintah mahkamah dikeluarkan, bekas pengurus Martin, Rebecca Drucker telah memfailkan saman terhadap penyanyi itu atas tuduhan melanggar kontrak.
Saman bernilai kira-kirat RM13 juta itu mendakwa Martin tidak membayar komisen sepanjang Drucker berkhidmat dengannya.
Drucker menjadi pengurus Martin dari tahun 2014 hingga 2018 dan Mei 2020 hingga April 2022.
Sumber: AP, People
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live