gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Wanita Didakwa Simpan, Sebar Gambar Lucah Cikgu
BERITA
Pelancong AS Puji Makanan Malaysia Lebih Sedap, Murah
VIRAL
Abang Meninggal Dunia Dalam Perjalanan Urusan Ziarah Arwah Nurly Sahirah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Damage Is Done, Thanks For Nothing” - KJ Kecewa Berita Mengelirukan, Jururawat Mati Bukan Sebab Vaksin!

Hanafis Haris
Hanafis Haris
20/03/2021
01:30 MYT
Sponsor Banner
“Damage Is Done, Thanks For Nothing” - KJ Kecewa Berita Mengelirukan, Jururawat Mati Bukan Sebab Vaksin!
Jabatan Kesihatan Pulau Pinang meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan berita tidak tepat dan sahih mengenai kematian jururawat yang bertugas di Hospital Pulau Pinang (HPP), dua hari lalu.
Menerusi satu kenyataan dikeluarkan, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Asmayani Khalib, berkata, ia penting bagi mengelakkan salah tanggapan orang ramai terhadap vaksin COVID-19.
Menjelaskan perkara yang sebenar, Dr Asmayani berkata, jururawat berusia 45 tahun itu sudah menerima suntikan vaksin Comirnaty pada 12 Mac lalu.
“Dia tidak menunjukkan sebarang kontraindikasi serta dalam keadaan stabil ketika pemerhatian di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
"Dia hanya mengadu lenguh pada tempat suntikan iaitu pada tangan kiri, namun sudah bekerja seperti biasa mengikut syif.
"Selain mempunyai komorbiditi penyakit darah tinggi kronik, dia mengadu kepada suaminya dia tidak selesa bernafas pada Selasa lalu, tetapi tidak mendapatkan sebarang rawatan perubatan atau melaporkannya kepada pasukan PPV," katanya.
Tambahnya, laporan bedah siasat menunjukkan kematian jururawat itu disebabkan serangan jantung dan tiada tanda anafilaksis atau reaksi alergi.
"Oleh itu, kematian ini tidak berkaitan dengan vaksinasi COVID-19," katanya.
Untuk makluman, isu mengenai kematian jururawat itu tercetus apabila sebuah media tempatan menggunakan tajuk berita mengelirukan.
Perkara berkenaan sekali gus mendapat reaksi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang dilihat kecewa dengan berita berkenaan.
“Headline ini sangat tidak bertanggungjawab dan telah memberi kesan yang negatif terhadap pelaksanaan PICK.
“Saya akan panggil editor tetapi damage is done berdasarkan komen2 di FB dan lain-lain. Thanks for nothing,” katanya di Twitter.
Difahamkan, media tersebut telah pun membuat permohonan maaf dan menjelaskan laporan yang disiarkan tidak bermaksud menggambarkan wanita berkenaan terkena serangan jantung berpunca daripada pengambilan vaksin Covid-19 sebelumnya.
Pemilihan tajuk berita yang tidak tepat menyebabkan timbul andaian kematian berkenaan berpunca daripada suntikan vaksin.
Topic Berkaitan
#Jururawat
#Khairy Jamaluddin
#KJ
#Vaksin
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement