Laman Utama
Dapat Solat Berjemaah Di Masjid, Rita Rudaini Dah Vaksin?
Kisah pelakon Rita Rudaini memang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Selain isu digugurkan beberapa kali daripada projek lakonan, Rita juga dilihat masih belum bersedia untuk menerima suntikan vaksin.
Menerusi laporan media, Rita berkata yang dia bukanlah seorang antivaksin, sebaliknya berpegang kepada prinsip untuk menerimanya apabila diiktiraf di seluruh dunia.
Menurut Rita, dia juga tidak mempengaruhi ahli keluarga yang sudah mendapatkan vaksin dan apabila tiba masanya, pasti dia akan mendapatkan vaksin juga.
Justeru, ramai yang tertanya-tanya mengenai status pemvaksinan Rita apabila dia memuat naik gambar solat di masjid di Instagram Story baru-baru ini.
“Pagi ni saya dapat solat Subuh jemaah di masjid. Alhamdulillah… tapi rasa lain bila kena solat jarak. Memang rasa lain,” tulisnya.
Menerusi tinjauan di sebuah forum hiburan, ada mengatakan sesetengah masjid yang membenarkan solat tanpa perlu mendapatkan suntikan vaksin.
“Dia dah vaksin ke? Sebab dia update dia solat kat masjid tadi. Ke ada perubahan SOP sesape je dah boleh masuk masjid,” tanya seorang pengguna forum.
Menjawab persoalan berkenaan, ada juga yang mendakwa Rita telah pun mendapatkan suntikan vaksin sebelum ini.
“Dia kan dah vaksin sis... Tapi tak mengaku... Lepas tu acah anti vaksin…” dakwa seorang lagi netizen.
Dalam masa yang sama, terdapat juga andaian yang mengatakan Rita sengaja berbuat demikian bagi tujuan marketing produknya.
“Nak lakukan minyak wangi kot. Kan trend bad marketing sekarang boleh jadi viral. Dengan up gambar bertelekung, tapi lepas tu provoke orang. Banyak yang tak kena dengan dia ni,” katanya.
Must-Watch Video