Berita
"Dari Awal Scan Dah Beritahu Awal Doktor Jangan Sebut Apa Jantina Baby" - Isteri Saharul Ridzwan Bersyukur Hajat Nak Baby Girl Termakbul
Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan, Deena Emir mendedahkan bahawa dia memang melarang doktor untuk memaklumkan status jantina bayi keduanya sehingga kelahirannya pada 13 Jun lalu.
Begitupun, kata Deena jauh di sudut hati, dia memang mengimpikan seorang anak perempuan sebagai pelengkap dalam hidupnya yang sudah dikurniakan anak sulung lelaki.
"Ramai tak tahu yang sebenarnya dari awal kehamilan sampailah dalam bilik bersalin, kami suami isteri langsung tak tahu apa jantina baby kali ini.
"Memang dari awal imbas dah maklum awal-awal dekat doktor jangan sebut apa jantinan baby, saja nak rasa kejutan walaupun dalam hati memang nak sangat baby girl," ceritanya.
Kata Deena lagi, dia bersyukur apabila doanya sepanjang Ramadan lalu untuk memiliki cahaya mata perempuan dimakbulkan Allah.
"Antara doa yang paling saya dan suami harap dimakbulkan sepanjang Ramadan hari itu adalah hadirnya zuriat perempuan sebagai pelengkap hidup.
"Paling diminta dan bila dah dapat rasa dia macam... Ya Allah Maha Baiknya Kamu, kabulkan hajat hambamu yang hina ni pada waktu yang sangat diminta," coretnya menerusi satu entri di Instagram.
Katanya lagi, pengalaman mengandung anak keduanya ini juga berdepan cabaran tersendiri berbanding ketika anak pertamanya.
"Kehamilan kali ni memang cukup berbeza dengan Ali dulu.Saya dua tiga kali dimasukkan ke hospital, demam panas hampir 40 darjah selsius.
"Alahan teruk, tak boleh bau masak masak ni, muntah sampai lembik nangis-nangis tak larat, emosi tak stabil," ceritanya.
Dalam posting tersebut, Deena turut berkongsi sebuah video memaparkan suami dan anak lelakinya, Muhammad Luth Ali yang melawatnya di wad selepas bersalin.
Terdahulu, Deena selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 13 Jun lalu.
Saharul mendirikan rumah tangga dengan Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan Muhammad Luth Ali yang kini sudah menginjak usia tiga tahun.
Must-Watch Video