Pengacara GempakTV, Isha Norsham mencabar dirinya dengan menceburi bidang lakonan dalam naskah pertamanya, drama The Maid.

Isha atau nama sebenarnya Nurul Farisha Norsham, 25, bersyukur kerana dalam kemunculan pertamanya sebagai pelakon dia dapat membawakan watak yang tidak jauh beza dengan karakternya.

“Saya teruja apabila diberi peluang untuk berlakon dalam drama ini. Saya juga bersyukur kerana watak Ratu yang saya lakonkan itu tidak jauh beza dengan diri saya dan ia agak senang dibawa.

“Cuma saya akui ketika hari pertama di lokasi penggambaran tu saya agak gementar kerana semua pelakon terdiri daripada nama -nama hebat dalam industri.

“Namun saya beruntung kerana mereka sangat baik dan banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Hari demi hari, saya dapat memperbaiki bakat lakonan saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Selain Isha, pelakon hebat lain yang turut membintangi drama The Maid adalah Norman Hakim ,Mira Filzah, Sherry Al Hadad, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Zarina Zainoordin, Ieda Moin, Nadya Shahera dan Siti Khadijah.

Meskipun begitu, Isha memberitahu dia turut berhadapan dengan cabaran ketika penggambaran itu namun dibantu oleh pengarahnya Helmi.

“Sebenarnya susah jadi pelakon ni, tak macam jadi hos atau penyampai radio kerana ia mementingkan ekspresi muka.

“Ada satu babak tu saya dikehendaki menangis. Terus terang ia sangat susah untuk dilakukan kerana saya tidak dapat melakonkan aksi menangis itu.

“Namun saya bernasib baik kerana menurut pengarah memberitahu saya hanya perlu menangis dengan cara karakter saya yang manja dan gedik sahaja,” katanya lagi.

Selain mengacara dan berlakon, Isha juga merupakan penyampai radio Era untuk segmen Gempak Hit Era setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 1 hingga 4 petang.

Saksikan drama The Maid setiap hari Rabu, pada jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104).

Jika anda terlepas untuk menonton epsiod terdahulu, anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand dan buat carian The Maid.

The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

Siapakah dalang disebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand