Filem

Dari Pontianak Hingga Ke Penari Tango, Ini Versatiliti Watak-Watak Maya Karin Di Layar Perak

gempak
Mya Amri
07/06/2024
10:02 MYT
Sponsor Banner
Dari Pontianak Hingga Ke Penari Tango, Ini Versatiliti Watak-Watak Maya Karin Di Layar Perak
Sejak awal pembabitan aktres Maya Karin dalam bidang lakonan, keberkesanan pembawaan setiap watak yang dimainkan pasti meninggalkan kesan di hati penonton.
Menjadi salah seorang pelakon wanita terulung di Malaysia, Maya meraih penghargaan meluas untuk kemenangan anugerah menerusi lakonannya dalam filem-filem ikonik seperti Seri Dewi Malam, Pontianak Harum Sundal Malam dan banyak lagi.
Maka tidak hairanlah Maya digelar sebagai bintang bertaraf kelas A kerana kebanyakkan filem lakonannya juga menjadi fenomena.
Menariknya, kebanyakkan filem yang dibintangi Maya tidak menunjukkan karakter stereotype, sebaliknya menonjolkan lagi versatiliti pelakon cantik ini.
Terbaharu, Maya turut membintangi filem aksi heist nombor satu pilihan ramai ketika ini iaitu The Experts.
Berikut merupakan lima filem terbaik lakonan Maya Karin yang wajib ditonton:
1. Pontianak (Pontianak Harum Sundal Malam)
Merupakan antara filem ikonik yang dilakonkan oleh pemilik nama Maya Karin Roelcke yang masih menjadi sebutan penonton hingga kini.
Memegang watak sebagai pontianak dalam filem yang mula ditayangkan kali pertama pada 2004 ini, Maya berjaya menjiwai karakter bernama Meriam iaitu seorang penari istana yang dibunuh saat sedang hamil.
Demi membalas dendam, roh Meriam terus menghantui individu yang berniat jahat ke atas waris dan keturunannya.
2. Makhluk Mitos / Mermaid (Duyung)
Duyung paling cantik! Itulah antara gelaran yang diberikan kepada sehingga kini setiap kali disebut mengenai filem Duyung.
Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang bernama Jimmy (Saiful Apek) yang mempunyai satu tabiat sejak kecil dimana dirinya suka menjaga kebersihan alam sekitar.
Setelah pinangannya ditolak, Jimmy kemudian membaiki pulaunya sehinggakan ikan duyung (Maya Karin) terjerat di tali ikatannya.
Akhirnya Jimmy dan ikan duyung berkawan baik sehingga Jimmy menjadi seorang yang kaya hasil dari pemberian emas daripada ikan duyung.
3. Wanita Tersakiti (Jwanita)
Jwanita watak lakonan wanita tersakiti berjaya dilaksanakan dengan cemerlang oleh Maya.
Antara babak yang diingati adalah ketika Maya berada di tengah sebuah tasik sambil membaca mantera dan berlumuran darah cukup menyeramkan.
Filem ini mengisahkan seorang gadis bernama Jwanita lakonan Maya Karin yang mengalami masalah mental akibat pernah didera secara mental dan fizikal oleh ibu dan bapa angkatnya yang mengamalkan ilmu hitam.
Jwanita kemudiannya bertemu dengan Dr. Farhan lakonan Bront Paralea yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu bapa angkatnya dalam satu kejadian penuh tragis.
Namun, segalanya musnah apabila Farhan yang dicintainya merupakan tunang kepada adik kandungnya sendiri iaitu Julaika yang terpisah daripadanya sejak kecil. Selepas menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan dan Julaika, Jwanita muncul semula.
Jwanita kembali dengan perwatakannya yang jauh berbeza sejak itu pelbagai peristiwa pelik berlaku melibatkan keluarganya.
4. Wanita diganggu makhluk misteri (Munafik 2)
Watak Sakinah lakonan Maya dalam filem ini agak berat dan sarat dengan permainan emosi antara sebab mengapa Munafik 2 diingati penonton.
Malah Maya sendiri mengakui wataknya dalam filem terbitan Skop Production Sdn Bhd itu sangat mencabar dan menguji kemampuannya sebagai seorang pelakon.
Apa yang lebih menarik, walaupun Maya menerima skrip pada minit terakhir namun lakonannya dalam Munafik 2 tetap hebat sehingga menjadi sebutan penonton.
Munafik 2 mengisahkan tentang perjuangan Ustaz Adam menentang seorang lelaki yang mengajar ajaran sesat.
Roh jahat yang mempunyai kaitan dengan lelaki itu telah merasuk seorang ibu tunggal miskin di sebuah perkampungan terpencil iaitu Sakinah (Maya Karin) dan kini Ustaz Adam perlu menyelamatkannya.
5. Penari Tango (The Experts)
Sedikit kelainan yang diberikan Maya menerusi The Experts apabila wanita cantik ini menunjukkan kehebatan dalam tarian Tango.
Walaupun babak itu hanya muncul sekitar lima minit, namun Maya telah memberikan sepenuh komitmen untuk menyempurnakan gerak tarian yang popular di Amerika Latin itu.
Memegang watak antagonis bernama Miranda, Maya berkata babak tarian tango itu mengambil masa selama dua hari untuk disiapkan.
Babak itu juga merupakan antara yang paling mencabar buat dirinya dalam The Experts.
Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures ini telah juga menjadi kegemaran penonton dan menerima ulasan positif daripada peminat dan pihak media.
Turut dibintangi oleh Aaron Aziz, Remy Ishak, Ray Dap Dap dan Hasnul Rahmat, The Experts mengisahkan Farid, Keyrol, Emma, Amer dan Lan yang kembali bersatu kerana satu ugutan.
Mereka mendapat arahan daripada gangster paling berbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau.
Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?

ARTIKEL BERKAITAN: The Experts Raih RM10 Juta! Jadi Pilihan Ramai Di Pawagam

ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya Cuit Penonton, Remy Ishak Raih Perhatian Menerusi The Experts!

ARTIKEL BERKAITAN: Filem Luar Tangguh Tayangan, The Experts & Sheriff Jadi Pilihan

ARTIKEL BERKAITAN: Evolusi Kerjaya Seni Syafiq Kyle, Dari Pegang Watak Kecil & Kini Menjadi Hero Malaya

ARTIKEL BERKAITAN: TheExperts: Ray Dapdap Kongsi Cabaran Berlakon Sebagai Pakar Godam - “Saya Kena Buat Latihan Dalam Masa…”

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024