Laman Utama
"Datang Majlis Ilmu Sibuk Nak Tengok Kaki Orang" - Pengacara Finaz Yunus Diganggu Pak Cik Miang
Pengacara TV Alhijrah, Finaz Yunus rimas apabila sering mendapat komen yang menegurnya tidak berstoking ketika mengendalikan program bual bicara secara siaran langsung di kaca televisyen dan Facebook.
Kata Finaz, dia tampil untuk menegur perangai seorang lelaki yang sudah dua minggu menulis komen tidak elok mengenai dirinya yang sudah sedia berstoking sejak 2012.
"Saya nak menegur sikit perangai masyarakat kita dan ambil pengajaran. Ini minggu kedua saya ditegur pak cik sama mengenai kaki saya ketika live, saya tak tahu apa masalah dia untuk terus menegur kaki pengacara dan aurat sedangkan saya memang pakai stoking bertahun-tahun lamanya sejak tahun 2012 lagi.
"Tapi saya pelik pak cik itu dari minggu lepas lagi katanya saya mendedahkan aurat. Minggu ini pun sama masih menegur saya katanya saya tak sensitif dan tak pakai stoking.
"Kalau minggu lepas saya boleh husnuzon tapi minggu ni ada lagi ramai pula yang kome tanpa tabayyun dan masih menjadi mata lalat.
"Sepatutnya tonton program cari ilmu tapi yang ditegurnya kaki saya sedangkan saya ini masih berstoking," katanya menerusi sesi siaran langsung Instagram pada Rabu.
Tambah Finaz, dia menasihati agar individu yang sengaja menulis komen sedemikian agar tidak lagi tampil dan elakkan mencari kesalahan orang lain.
"Isu sekarang bukannya wanita tak tutup aurat, kita tutup macam mana pun mereka datang dengan mata pervert, mencari kebusukan mereka akan mendapat walaupun tak betu. Ya memang saya tengah marah, saya kecewa sebab komen itu mengganggu fokus diskusi panel yang lebih berilmu.
"Dengan komen yang sibuk mencari silap, saya nak pesan semua supaya berhentilah. Sebelum tegur tu tabayyun dulu dan saya tak sarankan pak cik tengok apa-apa program melibatkan wanita sebab akan pandang hal itu saja.
"Saya pakai telekung, baju keawar pun akan cari juga silap. pak cik dah tua, banyakkan beramal," katanya yang menegaskan setiap pengacara di stesen televisyen berkenaan diwajibkan berstoking dan melabuhkan tudung paras dada.
Malah, kata Finaz pesanan yang disampaikan secara umum itu bukan bersifat defensif.
"Wanita berselubunglah macam mana, kalau anda gatal akan cari juga benda mengghairahkan. Hentikan perangai ni. Bergurulah di masjid atau surau dan tak perlu menonton, saya bukannya defensif tetapi saya melihat masalah ini daripada pak cik sendiri bukannya saya," tegasnya.
Must-Watch Video