Hiburan

Datuk Alha Alfa Tak Suka Jual Drama Tagih Publisiti Untuk Lariskan Perniagaan - "Saya Bukan Sejenis Itu.."

Umirah Halim
01/07/2024
11:55 MYT
Seringkali kita melihat beberapa usahawan tempatan menggunakan taktik seperti drama atau gimik bagi meraih publisiti dan perhatian orang ramai.
Bagaimanapun, lain pula pendekatan yang dilakukan oleh usahawan Datuk Alha Alfa yang jarang dilihat terkait dengan kontroversi murahan semata-mata untuk menaikkan perniagaan.

Bukan sejenis sukakan drama

Menurut Datuk Alha, dia tidak memerlukan sebarang gimik atau drama bagi melariskan perniagaannya sebaliknya hanya berusaha untuk menaikkan nama serta imej perniagannya dengan cara yang baik.
"Rakyat Malaysia pun dah 'kenyang' dengan drama kadang-kadang kita pun dah tahu gimik itu.

"Saya rasa tak perlu nak buat orang berfikir benda itu, kita bagi cara yang jelas sahaja. Tujuan kami untuk berniaga. Saya tahu orang akan support kalau benda itu bagus. Saya rasa saya pun bukan jenis yang suka berdrama," katanya ketika ditemui Gempak.

Sementara itu, Datuk Alha Alfa turut meluahkan rasa syukur kerana telah diberikan platform untuk mempromosikan perniagannya di rancangan The Hardest Singing Show.

​ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"

​ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Selalu Buat Aksi Stunt Ganas, Ayda Jebat Sudah Terima Nasihat Doktor

​ARTIKEL BERKAITAN: Aepul Roza Akui Tumpang Populariti Kontroversi Rumah Tangga Sedang ‘Panas’ - “Kebanyakan Karya Saya…”

"Saya rasa benda itu selagi tak menyusahkan saya, apa yang diberi platform kepada kami saya rasa bersyukur lah boleh meneruskan perniagaan saya," tambahnya lagi.
Rancangan 10 minggu ini bakal diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Penangan Sheesh & Persembahan Out Of The Box, Aisha Retno Raih Mata Tertinggi 94.55%! Ini Senarai Markah Penuh

​ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Persembahan Ayda Jebat Over The Top, Suara Aisha Retno Unik, Ini Recap Minggu Pertama THSS

Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.

Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show

* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional. * Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro. * Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow. * Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Drama

Pengulas Filem Bagi Skor Tinggi, Ini Sebab Korang Wajib Tonton Drama Framed!

gempak
03/07/2024
15:58 MYT
Drama bergenre fantasy investigative thriller, Framed terbitan Astro Shaw telah melabuhkan tirainya pada 21 Jun lalu.
Hiburan

MIFFest 2024: Zul Ariffin Antara Juri, Hirokazu Kore-eda & Christine Hakim Pula Bakal Terima Anugerah Pada Malam Kemuncak

gempak
25/06/2024
06:02 MYT
Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) telah mengumumkan barisan programnya untuk edisi ke-7 yang dinanti-nantikan, yang akan mengubah Kuala Lumpur menjadi syurga sinematik dari 21-28 Julai 2024. Dengan rangkaian filem yang luar biasa, MIFFest terus meraikan semangat pawagam Malaysia dan antarabangsa.
Hiburan

Aliff Aziz Rujuk Watak Don Massimo Dalam 365 Days Untuk Drama Bersama Ruhainies

gempak
19/06/2024
04:55 MYT
Pelakon utama drama bersiri Terjerat yang akan ditayangkan tidak lama lagi, Aliff Aziz mengambil rujukan watak Don Massimo dalam filem 356 Days untuk mewarnakan wataknya.
Drama

Fokus Tentang Penghijrahan, Kiblat Ke Syurga Raih Komen Positif Penonton - “Sangat Best Cerita Ni!”

gempak
14/06/2024
06:55 MYT
Drama berjudul Kiblat Ke Syurga baru sahaja membuka tirainya pada 5 Jun lalu. Menceritakan tentang perjalanan seorang wanita yang dikenali sebagai Nina yang berusaha untuk berhijrah ke arah lebih baik, drama penuh keinsafahan ini berjaya memperoleh reaksi positif daripada penonton.
Berita

#JusticeforZaynRayyan: Siasatan Demi Siasatan Merungkai Kepada Kisah Gelap, Ini Kronologi Kes Pembunuhan Zayn Rayyan!

gempak
13/06/2024
12:55 MYT
Disember tahun lalu, negara digemparkan dengan kehilangan dan kematian kanak-kanak autisme yang dikenali sebagai Zayn Rayyan.