Laman Utama

Datuk Seri Vida Ulas Video Viral Remaja Pandu Kereta Tanpa Lesen Mirip Cik B

gempak
Hanafis Haris
10/09/2020
11:30 MYT
Sponsor Banner
Datuk Seri Vida Ulas Video Viral Remaja Pandu Kereta Tanpa Lesen Mirip Cik B

Usahawan kosmetik tersohor, Datuk Seri Vida tampil memberi perjelasan mengenai video yang sedang tular ketika ini.

Menurut Vida atau lebih mesra disapa DSV, video berkenaan adalah video lama ketika dia menghadiahkan anak perempuannya Cik B sebuah kereta jenama Mercedes Benz.

BACA: “Nak Mustang, Tapi Saya Bagi Mercedes-Benz Dulu”- Datuk Vida Hadiah Kereta RM200,000 Sempena Birthday Cik B Yang Ke-13

“Itu video lama sekitar tahun 2017 atau 2018.

“Cik B dapat hadiah kereta pada hari jadi dia,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Ditanya mengenai laporan polis yang dibuat susulan tindakan remaja tersebut memandu tanpa lesen, DSV menjelaskan dia tidak tahu mengenai hal tersebut.

“Jadi kes polis ke? Saya tak tahu.

“Itu video lama jadi saya harap orang tak sebarkan infomasi yang tidak betul,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 33 saat itu kecoh di media sosial dan dipercayai dirakam di kawasan Meru Hills, Ipoh Perak.

Menerusi wajah remaja berkenaan, ada yang mendakwa individu berkenaan mirip Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.

Sementara itu, menerusi laporan Mstar, Polis kini sedang mengenal pasti identiti remaja perempuan di dalam video berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, video berkenaan memaparkan seorang remaja perempuan sedang memandu sebuah kereta, namun model dan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024