Datuk kepada kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemui meninggal dunia akibat dibunuh sudah melantik peguam baharu bagi mewakili ibu bapa Zayn yang kini dalam tahanan reman.

Sudah lantik peguam baharu


Zahari Mohd Reba ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan dia sudah melantik peguam baharu.

"Maaf ya... buat masa ini saya tidak boleh beri apa-apa kenyataan lagi atas nasihat peguam," katanya yang mengesahkan sudah melantik peguam baru.

BERITA TRENDING: Mahmud Sahkan Tidak Lagi Jadi Peguam Ibu Bapa Zayn Rayyan



Terdahulu, peguam mewakili ibu bapa Zayn Rayyan yang kini ditahan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memaklumkan bahawa beliau tidak lagi mewakili mereka bermula hari ini.

Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co berkata, dirinya tidak lagi mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

BERITA TRENDING: Kes Zayn Rayyan: Pengasuh Bersama Dua Individu Dipanggil Polis



Sebelum ini, Mahmud dilantik keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan berusia 28 tahun itu ditahan polis di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam Jumaat lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, ibu bapa kanak-kanak terbabit direman seminggu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air kira-kira 200 meter dari rumahnya pada jam 9 malam 6 Disember lalu.


BERITA TRENDING: Risikan Dilakukan Selama 6 Bulan Sejak Hari Pertama Arwah Zayn Rayyan Didapati Meninggal Dunia

BERITA TRENDING: Kes Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu Bapa Ditahan Reman 7 Hari - KP Selangor



Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Sehari sebelum itu, polis mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit pada jam 6.30 petang oleh keluarganya.


Sumber: HARIAN METRO