Memang berbaloi betul pilihan Naim Daniel untuk berehat daripada lakonan dan terjun ke bidang nyanyian. Satu persatu anugerah mulai diraih oleh Naim.

Bukan setakat anugerah, anak muda yang penuh dengan kreativiti ini turut mendapat penghargaan daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) atas usahanya memartabatkan tulisan Jawi.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Naim berkongsi sepucuk surat rasmi daripada Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Bin Abg. Shokeran.

Surat tersebut menyatakan penghargaan DBP kepada Naim kerana usahanya menggunakan tulisan Jawi untuk lirik lagu di dalam klip video lagu Sembah.

"Atas usaha murni dan komitmen pihak tuan memperkasakan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat, kami ucapkan setinggi-tinggi terima kasih," tulis Ketua Pengarah DBP dalam surat penghargaan tersebut.

Naim pada entri tersebut menganggap penghargaan daripada pihak DBP tersebut merupakan penghargaan besar untuknya dan syarikat rakaman World Peace Entertainment (WPE).

"Allahuakbar, satu penghargaan besar bagi saya dan @wp.entertainment. Terima kasih DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (@dbpmalaysia ) untuk penghargaan ini.

Teruskan mendengar lagu terbaru saya, Sembah di semua platform digital!," tulis Naim gembira.

Allahuakbar, satu penghargaan besar bagi saya dan @wp.entertainment . Terima kasih DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (@dbpmalaysia ) untuk penghargaan ini. Teruskan mendengar lagu terbaru saya , Sembah ! Di semua platform digital ! #sembahxnaim

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on


Beberapa selebriti tanah air seperti Daiyan Trisha, Noh Salleh, Wany Hasrita dan Zahiril Adzim turut mengucapkan tahniah kepada Naim di ruangan komen.

Single Sembah merupakan single terbaru Naim Daniel yang turut menampilkan Man Keedal.