Laman Utama

Demi Selamatkan Kucing, Kedua Kaki Kanak-Kanak Ini Digilis Lori Simen & Terpaksa Dipotong

gempak
Izwan Isa
07/08/2023
01:50 MYT
Sponsor Banner
Demi Selamatkan Kucing, Kedua Kaki Kanak-Kanak Ini Digilis Lori Simen & Terpaksa Dipotong
Netizen dicuit rasa sayu apabila kisah seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang mengalami kemalangan gara-gara mahu menyelamatkan seekor kucing viral di media sosial.
Lebih menyayat hati, kemalangan tersebut menyebabkan kedua belah kakinya terpaksa dipotong.
Memetik laporan Kilat.com, remaja bernama Nabila Febrianti yang berasal dari Indonesia itu melihat ada seekor kucing di tengah jalan raya.
Tergerak hati untuk menyelamatkan haiwan comel itu, Nabil bergegas dan berlari ke arah kucing berkenaan tanpa menyedari keadaan lalu lintas ketika itu.
Malang tidak berbau, Nabila dilanggar oleh sebuah lori simen sehingga menyebabkan kakinya cedera parah.
Selepas kejadian tersebut, Nabila dikejarkan ke hospital. Malangnya, kedua belah kaki terpaksa dipotong.
Sungguhpun kehilangan kedua belah kaki, Nabila masih lagi positif. Menerusi perkongsian akaun @nenktainment Nabila kelihatan masih lagi tersenyum.
Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang mendoakan kesejahteraan Nabila.
Tidak kurang, ada juga yang berterima kasih kerana cuba untuk menyelamatkan nyawa haiwan lain sehingga nyawa diri sendiri tergadai.
Sumber: Kilat.com dan Instagram Nenktainment
BACA: "Mama Nak Kena Potong Kaki, Rasa Berpusing Dunia Kejap" - Serina Pujuk Ibu, Bagi Semangat​
BACA: "Kaki Bekas Isteri Bakal Kena potong Kerana..." - Chef Wan Sanggup Jaga Bekas Isteri Selepas Pembedahan​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live