Pelakon dan juri akhir program Dewi Remaja 2022, Didie Alias tidak menafikan penampilan menarik menjadi salah satu faktor penting bagi mereka yang mengimpikan untuk menyertai pertandingan dwi tahunan itu.
Menurut Didie, kriteria berkenaan sudah lama diguna pakai, malah sejak pencarian edisi pertama lagi.
"Kalau kita tengok finalis dulu pun, mereka kini masih lagi meletup, masih lagi cantik. Kalau ada yang lempar komen ‘face shaming’ kata tak lawa pada peserta terbaharu, mungkin ada yang masih belum kemaskan lagi penampilan.
"Cuma bagi saya, Dewi Remaja kena cantik tapi pada masa sama perlu bijaklah. Maksudnya, biarlah ada pakej yang lengkap. Bukanlah nak kata kena ‘cantik naw naw’, tapi biar sedap mata memandng.
"Kalau ambil yang tiada rupa, kita juga yang kena (kritik). Cantik pun suatu yang subjektif. Kalau boleh netizen pun agak-agaklah dalam berikan komen," katanya.
Didie yang juga finalis Dewi Remaja 1990 berharap, finalis tahun ini mampu menyerlahkan personaliti masing-masing selepas ini.
"Cuma saya tengok aura mereka belum ada. Tak rasa macam ‘wow’ lagi. Mungkin sebab kebanyakannya pun masih lagi baru, ada yang awal remaja juga.
"Tapi golongan muda sekarang beruntung kerana dengan perkembangan semasa, ia membuatkan mereka lebih senang akses dengan pelbagai kemudahan.
"Misalnya kalau finalis berminat untuk terjun ke dunia seni, macam-macam platform lain yang boleh mereka cuba. Berbeza dengan zaman saya dulu.
"Tinggal lagi, mereka kenalah ada ‘the beauty of Dewi Remaja’ itu sendiri. Tengoklah alumni yang masih aktif dalam industri, dari zaman Tengku Anis, Aleeza Kassim hinggalah sekarang kebanyakan ada persona tersendiri," tambahnya.
Selain Didie, Datuk Aznil Nawawi dan Izara Aishah berada di kerusi juri pada malam kemuncak Dewi Remaja 2022 yang bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria pada Sabtu lalu.
Gadis dari Sabah, Tracie Sinidol diumumkan sebagai juara Dewi Remaja edisi terbaharu.
Amri Hassan
Mon Sep 05 2022


Mamat Got No Chill Dah Kahwin, Ramai Puji - “Wife Dia Cantik, Comel”
Alhamdulillah, selamat pengantin baru Mamat.

Fan Bingbing Teruja Makan Durian Di PJ, Siap Belajar Minum Air Dari Pangsa!
Fan Bingbing kata sedap durian Malaysia!

#TRAVELMANA: Ini Sebab Kenapa BTS ARMY Perlu Mengunjungi Pameran B-VERSE (BTS, Singing The Stars)
Jom BTS ARMY!

Netizen Tak Puas Hati Nicholas Saputra Jadi Model Skin Care, Disifatkan Terlalu Sempurna
Pulak dah?
_1.png?ext=.png)
#TRAVELMANA: Cuti Krismas Tak Tahu Pergi Mana? Rasai Pengalaman Menaiki Luge Bersama Keluarga Di Skyline Luge Kuala Lumpur!
Wow! Bestnya

Hanya 36 Saat, Jaguh Muay Thai Jojo Ghazali Tumbangkan Petarung Mexico Edgar Tabares
Tahniah Jojo!

Beri Sebab Berdiam Diri, Ibu Luah Kerinduan Pada Zayn: “Jumpa Lagi Ya Abang”
Ini sebabnya

Suspek Kes Pembunuhan Zayn Rayyan Mungkin Ada Rekod Jenayah Seksual
Allahuakhbar...

Che Ta Dijangkiti Covid-19, Terbantut Hasrat Sambut Anniversary Ke-10! - "Persiapan Dah Siap, Apakan Daya..."
Persiapan semua dah siap!

Mak Cik Kemboja Akui Dalam Keadaan Baik - “Kenapa Aku Nak Menangis Tentang Dunia?”
Mak Cik Kemboja tak nak menangis