Laman Utama

“Dia Bukan Budak Yang Saya Kena Pantau”- Isteri Aliff Syukri Bosan Kena Tag, Dah Nasihat Suami Tapi Tak Dengar

gempak
Mya Amri
31/03/2023
14:15 MYT
Sponsor Banner
“Dia Bukan Budak Yang Saya Kena Pantau”- Isteri Aliff Syukri Bosan Kena Tag, Dah Nasihat Suami Tapi Tak Dengar
Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida memohon agar tidak melibatkan dirinya dalam isu lagu raya suaminya.
Shahida memaklumkan perkara tersebut menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya. Menurut Shahida dia tidak mahu diganggu dengan perkara-perkara yang tidak melibatkan dirinya dan anak-anak.
“Tak perlu kot nak tag tag saya dengan benda yang tak ada kaitan dengan saya… Saya dan anak-anak tiada kaitan langsung ya dengan apa-apa juga lagu,” tulisnya.
Dalam pada itu, Shahida juga mengakui sudah menasihatkan suaminya berkali-kali namun masih berdegil.
“Orang lain makan nangka orang lain kena getah… Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau.
“Dah besar dan boleh fikir baik dan buruk. Jangan mengganggu ketenteraman saya dan anak-anak saya,” maklumnya.
Terdahulu, Aliff Syukri sekali lagi mengundang rasa kurang senang netizen selepas memuat naik video teaser lagu raya terbaharunya. BACA: [VIDEO] “Kau Ni Apa, Kau Tinggal Sini Ke?” – Pakai Baju Melayu Sendat Melekap, Wak Doyok Tegur Penampilan Lagu Raya Aliff Syukri
Video itu merakamkan penampilan Aliff memakai set baju lengkap berwarna biru yang ketat terutamanya di bahagian kaki dan bersampin.
Manakala di belakangnya pula menunjukkan beberapa penari lelaki berpenampilan sama sepertinya membuat tarian yang mengundang kemarahan netizen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024