Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah akui terkejut apabila ibu mentuanya Siti Hafizah Basharahil, mengambil langkah untuk tidak lagi mengikutinya di Instagram.

Malah Bella juga meluahkan rasa kecewa apabila ibu mentuanya percaya bahawa Aliff dan Ruhainies adalah kawan.

Tidak terhenti di situ, Bella berkata ibu mentuanya juga pernah memburukkan nama baiknya di belakangnya.

"Ibu mentua saya unfollow saya di media sosial... saya terkejut. Maksudnya pengorbanan saya selama 10 tahun ini sia-sia bila mana Umi (panggilan ibu mentua) dia percaya Aliff dan Ruhainies hanya berkawan.

"Bayangkan orang yang selalu berkata-kata Islamik... orang yang saya sayang dan hormat boleh mengutuk saya.

"Dia bercakap saya dikenali sebab saya berkahwin dengan Aliff Aziz, saya bukan penyanyi dan pelakon yang hebat untuk dikenali.

"Apa salah saya sampai perlu cakap macam itu," katanya kepada Gempak.

Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis buka puasa yang diadakan di K Town Barbeque, Radia Tower, Bukit Jelutong pada petang Rabu.

BERITA TRENDING: “Air Mata & Lakonan Hebat Boleh Tutup Mata Manusia” - Ibu Aliff Aziz


Dedah perangai sebenar ibu mentua

Pada masa yang sama, Bella juga mendedahkan ibu mentuanya turut mengajak beberapa orang rakan sekolah Aliff semata-mata untuk menyebarkan kebencian.

Menurut Bella dia mengetahui perkara itu selepas salah seorang rakan Aliff berkongsi perbualan mereka kepadanya.

Bagaimanapun dia bersyukur apabila rakan-rakannya itu mampu menilai kebenaran yang tidak pernah dia dedahkan.

"Ibu mentua saya siap hubungi kawan-kawan sekolah Aliff memburukkan saya... ini kawan-kawan dari sekolah rendah.

"Saya kenal mereka masa saya bercinta dengan Aliff tapi mereka boleh nilai apa yang saya lalui... saya tak minta mereka memihak pada saya tapi mereka memahami.

"Saya berniaga dia Singapura walaupun sekali pun Aliff tak pernah teman saya di mana-mana booth... saya tak terasa.

"Ketika saya berniaga di sana, ibu mentua saya hubungi mereka dalam tujuh lapan orang untuk datang ke rumah bagi mengaibkan saya," katanya lagi.


BERITA TRENDING: “Curang Dengan Adik Saya Sendiri” - Bella Astillah Dedah Sudah Dicurangi 11 Kali


Pada 9 Mac lalu, Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.

Kemudian pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu akan disebut semula esok (Khamis) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.