Ibu kepada Dayana, Che Rohaida Che Daud mendakwa keluarga Naim Daniel ada menghubunginya meminta agar sidang media berkaitan hak cipta lagu Sumpah yang berlangsung semalam tidak diteruskan.
Namun, menurut Rohaida, dia tidak mengendahkan permintaan daripada ahli keluarganya kerana mahu menjelaskan kepada umum hal yang sebenar.
"Mak dia ada menelefon saya secara peribadi, tapi saya tidak jawab. Dia telefon untuk minta tak teruskan (sidang media), saya memang tak angkat sebab nanti saya tak ada bukti.
"Jadi, saya hanya voice note sahaja. Saya nak biar ada pengakuan. Kalau dengar voice note, boleh nilai sendiri, bukti dah ada kat situ," katanya kepada Gempak.
Menurut Rohaida, Naim juga ada menghubunginya, namun, dia meminta agar penyanyi itu tidak mengganggu sehingga perjalanan sidang media semalam selesai.
"Naim pun ada menelefon saya, saya cakap biar saya jalankan sidang media saya terlebih dulu. Saya pun ada screenshot pasal peratusan apa semua tu.
"Tiba-tiba petang (kelmarin) tu dia keluar video. Dia play game lah kat situ. Saya pun tak tahu apa dia nak, nak raih (perhatian) peminat yang selalu sokong dia kot.
"Saya masih bersabar dan diam. Saya cakap jangan ganggu saya sampai saya buat sidang media," katanya.
Terdahulu, Naim ada memuat naik sepotong video di akaun Instagram miliknya menyentuh isu hak cipta berkaitan lagu tersebut.
BACA: "Sila Kemukakan Bukti..." - Naim Buat Kenyataan Kerana Ada Yang Mengaku 'Sumpah' Hak Cipta Bersama?
Semalam, Dayana membuat sidang media khas menuntut agar lagu Sumpah didaftarkan sebagai lagu ciptaan mereka berdua.
BACA: “Saya Tak Nak Duit, Apa Saya Nak Kejujuran” - Bekas Teman Wanita Naim Daniel Tuntut Hak Cipta Bersama
Isu pertikaian hak cipta lagu Sumpah tercetus sekitar Julai tahun lalu apabila lagu itu dikatakan menceritakan kisah percintaan mereka.
Lagu Sumpah dikatakan dicipta Dayana dan Naim bersama pada tahun 2015 ketika mereka sedang menjalin hubungan cinta.
BACA: “Tak Ada Satu Kenyataan Yang Jelas Pun Mengatakan Saya Tak Terlibat" - Bekas Kekasih Naim Daniel Dakwa Isu Hak Cipta Tak Pernah Selesai
ZULHILMI JALIL
Thu Feb 20 2020
“Kadang Lupa Dia Perempuan, Sumpah Comel!” - Ramai Terpegun, Netizen Setuju Trend Asoka Cik B Paling Menang!
Selepas usahawan sensasi, Datuk Seri Vida membuat trend Asoka, kini perhatian netizen tertumpu pada anak sulungnya iaitu Cik B.
Isu Tempatkan Lelaki, Perempuan Satu Rumah, Isa Isarb Batalkan Program, Reda Rugi RM500,000 - “Salah Tetap Salah”
YouTuber terkenal, Isa Isarb tampil memberikan penjelasan berkenaan isu menempatkan beberapa orang lelaki dan perempuan dalam satu rumah selama 77 hari semata-mata untuk sebuah program.
Sheriff: Raih RM60.5 Juta! Netizen Setuju, Memang Layak Dominasi Pawagam
Filem aksi terhebat karya pengarah, Syafiq Yusof Sheriff kini sudah meraih kutipan RM60.5 juta.
Penjelasan Ning Baizura Terhadap Isu ‘Who’s That’ & All Eyes On Rafah Tuai Pelbagai Respons Netizen
Respons penyanyi Ning Baizura mengenai isu dilabel tidak sensitif dengan situasi yang sedang berlaku di Palestin mendapat perhatian ramai.
“Tiada Cadangan Tarik Report” - Naim Daniel
Penyanyi Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya telah ditahan baru-baru ini.
Dua Individu Kantoi ‘Berasmaradana’ Atas Jalan Raya? Netizen: “Tak Panas Ke?”
Rakaman dua individu yang didakwa melakukan hubungan intim di atas jalan raya meraih pelbagai reaksi daripada wargamaya.
Abang Tesla Tanya, Kenal Marissa Atau Tidak? Ini Jawapan Umisya…
Demikian jawapan yang diberikan oleh Umisya Mazlan yang juga madu kepada anak selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Danial Hakim apabila disoal mengenai wanita tersebut.
Pesanan Akhir Arwah Suhaimi Saad Jadikan Ina Naim Kuat! - "Selama Ini Yang Menjaga Bukan Abang Tapi ..."
Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim berkongsi kenangan dan kata-kata akhir arwah suaminya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Konsert ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ Bakal Beri Kenangan Istimewa Buat Peminat
Walaupun siri jelajah konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ sudah berakhir, ratu rock negara, Ella bakal mengadakan sebuah konsert yang lebih istimewa iaitu ‘Jilid Rockerstra Ella: Rockers Juga Manusia’.
AirAsia Perkenal Nursing Cover Untuk Juruterbang & Kru Kabin Baru Jadi Ibu
Sempena meraikan Hari Ibu, AirAsia mengumumkan penambahan kain penutup penyusuan kepada kit pakaian seragam juruterbang dan kru kabin yang baru bergelar ibu.