Berita
"Dia Sedap Membuta Atas Tilam, Sampai Tak Sedar Anak Kecik Terpelanting Jauh Dari Tilam" - Ozlynn
Isteri kepada pelawak dan penyampai radio Era, Johan, Ozlynn berkongsi kisah suaminya ketika sedang menjaga anak-anak apabila berada di rumah.
Menerusi entri di Instagram (IG), Ozlynn menjelaskan bukan mudah untuk menguruskan rumah tangga dan membiarkan anak-anaknya dijaga oleh Johan tanpa pantauan darinya.
"Kasihnya isteri taat pada suami, kasihnya ibu membesarkan anak, kasihnya ayah. haa tu diaa.
"Dia sedap membuta atas tilam sampai tak sedar anak kecil terpelanting jauh dari tilam. Mangkaqqqqqqq!!
"La nih terus rasa kasihnya isteri elok pelangkong suami. Harey tol. Aku hilang kejap jek. Mintak tolong jaga dan tidurkan anak-anak. Aku nak kemas dapur dan ini hasilnya.
"Sapa pernah kena macam nih? Laki yang kita harapkan rupanya tak boleh harap. Tak tau la nak libas dulu ke nak gelak ke nak nangis," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui terhibur dengan kapsyen yang ditulis oleh Ozlynn.
Must-Watch Video