Berita

“Dialu-Alukan Untuk Menekan Butang Unfollow”- Sarah Hildebrand Tak Paksa…

gempak
Syafiqah Jalal
14/11/2020
10:38 MYT
Sponsor Banner
“Dialu-Alukan Untuk Menekan Butang Unfollow”- Sarah Hildebrand Tak Paksa…
Pelakon Sarah Hildebrand mengalu-alukan mana-mana individu yang tidak menghormati kehidupan dan pendapatnya untuk berhenti mengikutinya dalam Instagram.
Menurut Sarah dia tidak mahu memaksa sesiapa untuk menyukainya yang kini kembali tidak memakai tudung.
“Jika anda tak suka dengan saya, cara hidup saya atau kepercayaan yang saya pegang, maka kita boleh tak sependapat dan hormat-menghormati.
“Sekiranya anda tidak mampu untuk memahami perkara tersebut, anda dialu-alukan untuk menekan butang unfollow,” katanya.
Isteri kepada Otto Gillen itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Pun begitu, Sarah meminta agar pengikutnya terus menyebarkan aura posititif dan bukan kebencian.
“Walau apa pun, saya menggesa anda untuk menyebarkan positif, cinta dan kecerdasan emosi bukan kebencian, membuli, dan gangguan yang tidak sepatutnya.
“Belajar untuk mengadakan perbincangan terbuka mengenai topik penting yang sukar dibincangkan,” katanya lagi.
Pada Oktober lalu, Sarah me­nerima kecaman daripada netizen selepas mengambil keputusan untuk kembali ke imej asalkan yang tidak lagi memakai tudung.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live