,
Berita

Diam-Diam Rupanya Isteri Dah Sarat Mengandung! Luqman Hafidz Bakal Sambut Bayi Sulung Bulan Depan

ZULHILMI JALIL
11/01/2021
00:25 MYT
Selepas lapan bulan menyembunyikan status kehamilan isteri, pelakon Luqman Hafidz akhirnya berkongsi berita gembira bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
Perkara itu dikongsikan Luqman atau nama sebenarnya, Muhd. Luqman Hafidz Mohd. Fauzi, 30, menerusi satu hantaran di Instagram.
"Kawan baby @unikrafanda is coming. Doakan baby keluar dengan selamat Februari ini Insya-Allah.
"Harapnya kita semua masih dapat peluang bercuti dengan keluarga lepas pengumuman esok (hari ini). Amin," katanya.
Luqman turut mengesahkan berita kehamilan isterinya, Nurul Atiqah Mad Apandi ketika dihubungi Gempak menerusi kiriman WhatsApp.
"Kita selalu memang diam-diam sahaja," responsnya ringkas mengenai hal tersebut.
Pada masa sama, pelakon filem Ola Bola itu turut memuat naik beberapa keping foto memaparkan isterinya yang kini sarat mengandung.
Di ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut yang bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.
"Tahniah! Semoga semua dipermudahkan," komen pengacara Hani Fadzil
"Steady man, diam-diam berisi," tulis salah seorang pengikutnya.
Luqman melangsungkan majlis pernikahan dengan Nurul Atiqah pada 20 Mac tahun lalu ketika negara menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang hanya dihadiri 10 orang.
BACA: Berkawan 4 Tahun, Luqman Hafidz Akhiri Zaman Bujang Dengan Wanita Pilihan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Bila Orang Cakap Saya Dah Tak Berlakon, Saya Tak Marah” - Cristina Suzanne Rupanya Fokus Besarkan Anak, Jarang Kongsi Kisah Di Media Sosial

gempak
02/11/2024
09:54 MYT
Pelakon Cristina Suzanne menafikan tanggapan dia sudah berhenti dari dunia lakonan gara-gara kurang muncul di kaca televisyen sejak lima tahun lalu.
Hiburan

"Jaga Isteri Sendiri, Tak Perlu Nasihat Kepada Duda-Duda Lain Macam Mana Nak ..." - Fazley Yaakob

gempak
01/11/2024
09:25 MYT
Cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob tampil menitipkan pesan kepada golongan lelaki khususnya suami yang masih berkahwin untuk menjaga isteri sendiri.
Filem

Pegang Watak Anak Beranak Dalam Don Dukun, Zul Ariffin Bangga Dapat Berlakon Dengan Yusof Haslam – “Bukan Semua Pelakon Boleh Dapat”

gempak
31/10/2024
13:50 MYT
Pelakon Zul Ariffin meluahkan rasa bangga apabila dapat bergandingan bersama pengarah dan penerbit legenda, Datuk Yusof Haslam dalam filem terbaharu lakonannya Don Dukun.
Hiburan

"Nak Jadi Penyondol Tak Perlu Cantik, Cuma Perlukan Lelaki Yang Tak Reti Bersyukur" - Mimi Lana

gempak
31/10/2024
07:25 MYT
Pelakon jelita Mimi Lana mencuri perhatian menerusi kapsyen terbaharu di Instagramnya, berkongsi tentang penyondol.
Hiburan

Diana Danielle Nafi Masih Berhubung Dengan Farid Kamil - "Saya Sudah Beri Notis Untuk Dia Pindah Rumah Secepat Mungkin"

gempak
30/10/2024
23:45 MYT
Pelakon jelita Diana Danielle menafikan dakwaan suaminya, Farid Kamil, bahawa mereka masih berhubung.
Anmum