Laman Utama
Diana Danielle & Farid Kamil Rujuk Semula? - “Ia Merupakan Satu Nikmat Juga….”
Perkongsian semula video di Instastory memperlihatkan pelakon Diana Danielle duduk bersebelahan dengan bekas suaminya iaitu Farid Kamil menarik perhatian.
Malah menerusi laman Instastory milik Farid turut memuat naik video bekas isterinya sedang ditemu bual oleh seorang wartawan dengan bersertakan emoji lelaki sedang di lamun cinta dengan bentuk ‘love’.
Bukan itu sahaja, Farid dan Diana juga seakan-akan mahu memberi bayangan mereka kini dalam proses berbaik semula menerusi video temu bual pendek yang dimuat naik di TikTok Budiey.
“Walaupun ia satu musibah, dia sebenarnya kalau dilihat, ia merupakan satu nikmat juga,” kata Farid secara ringkas di video pendek tersebut.
Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan mendoakan agar Farid dan Diana rujuk semula sebagai suami isteri.
“Semoga mereka berdua dapat rujuk semula dan perbaiki kelemahan masing-masing demi rumah tangga mereka. InsyaAllah.
“Alhamdulillah, rujuk semula. Semoga jodoh mereka kekal hingga ke jannah,” komen netizen.
Bekas pasangan suami isteri itu masih belum mengesahkan sebarang spekulasi melibatkan mereka.
Bagaimanapun, usaha Gempak menghubungi Diana untuk pengesahan gagal apabila aktres itu tidak membalas mesej dan menjawab panggilan.
Untuk rekod, pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan mempunyai dua cahaya mara iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
Must-Watch Video