Pelawak, Ali Puteh menggesa wanita yang mendakwa dirinya menggunakan wang milik orang lain sebagai model berniaga tampil bersemuka.

Menurut Ali, sekiranya individu berkenaan gagal melakukan perkara tersebut, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan.

“Kakak DM saya dan jumpa untuk fitnah ini atau saya buat laporan polis.

"Saya nak jumpa akak sebab fitnah yang dibuat itu zalim mendakwa saya menggunakan duit orang untuk berniaga," katanya menerusi perkongsian di Insta Story miliknya.


Ali juga turut mendedahkan foto wanita itu selain meminta maklumat daripada pengikutnya untuk menghubungi individu terbabit.

“Tahun 2024 masih ada lagi manusia begini, masuk semata nak komen. Mudah, tak payah komen apa-apa.

"Siapa boleh dapat nombor telefon atau alamat perempuan ini beritahu saya, nak jumpa senang borak... Nak tengok depan-depan macam mana.

“Nak terkenal saya bantu ya, nanti jangan cakap saya takut pula. Kalau boleh jumpa sekali keluarga awak ya cik kak.

“Nasihat org bukan main lagi ya, tapi diri sendiri yang buat mengata fitnah saya ya. Kakak cepat lah DM saya sebelum saya sendiri call, kita ke balai polis dengan fitnah akak pada saya tu. Saya bagi masa ni,” tulisnya.


Untuk info, Ali sebelum ini menjalankan perniagaan makanan iaitu Sambal Petai Terangkat dan Sambal Jering Berlado bermula tahun lalu.