Pelakon, usahawan dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie Lavocah menempelak tindakan sesetengah pihak yang mengecam penampilannya yang dikatakan agak seksi.

Zarina atau lebih mesra disapa Anju berkata, sesetengah pihak sengaja menimbulkan isu mendakwa dia kembali seksi sejurus bergelar janda.

“Itu pun orang tak senang eh, bagi la Anju happy sikit, daripada terkinja-kinja mesej suami orang.

“Hidup kita ni masing-masing lah, kalau dah lepas cerai apa salahnya Anju nak happy-happy sikit,” katanya.

Menurut Anju lagi, bergelar janda bukan bermaksud dia harus meratap nasib dan terus menjadi miskin.

“Anju nak guna masa ni untuk cari duit, senangkan keluarga dan anak.

“Anju tak mahu jadi janda miskin lepas tu terkinja-kinja mesej suami orang.

“Just Anju nak happy je sekarang,” katanya.

Tambahnya, dia juga bersyukur apabila banyak tawaran diterima, baik berlakon mahupun menjadi duta produk.

“Tuhan tu maha adil, Alhamdulillah ada rezeki Anju.Tak lama lagi Anju akan berlakon dalam sebuah filem.

“Anju pun sudah dilantik menjadi duta sebuah produk. Semua tu rezeki yang tiba-tiba je muncul. Alhamdulillah,” katanya kepada Gempak.

Terdahulu, Anju mencetuskan kebimbangan netizen apabila membuat satu kenyataan di Instagram dipercayai mengenai status terkini perkahwinannya.

Anju kemudian mengesahkan yang dia kini sudah pun bercerai selepas setahun mendirikan rumah tangga bersama bekas suaminya yang dikenali sebagai Eilyas Azhar atau Yas.

BACA: Kongsi Foto Pakai Busana Kahwin, Zarina Anjoulie Sah Bergelar Isteri?

Dalam pada itu juga, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, namun rumah tangganya itu menemui titik noktah pada Disember 2016.

BACA : Selepas Setahun Kahwin, Zarina Anjoulie Sah Bercerai - "Kami Sudah Tak Sehaluan"