Berita
Didakwa Pernah Buli Anak Murid, PU ABU Jelas Cerita Sebenar Supaya Tak Berat Sebelah
Pendakwah Bebas, yang juga peserta realiti program Pencetus Ummah (PU), Abu Sufyan Muhammad Mokhtar Rozaidi, tampil menjelaskan mengenai dakwaan pernah membuli anak murid.
Kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Akmal Hareez Kamal Affendi didakwa ibunya, pernah menjadi mangsa buli PU Abu.
Ibu Akmal Hareez, Zahara Mohd Yusof pernah membuat perkongsian dj Facebook mengenai PU Abu yang bertindak keterlaluan memalukan anaknya di dalam kelas.
Menurut ibu tersebut, PU Abu memanggil anakknya ke depan kelas dan membuka baju melayu Akmal Hareez sehingga menampakkan bahagian dada dan telah memerah dada anaknya yang sedikit berisi.
Kejadian itu berlaku sekitar tahun 2016 ketika PU Abu masih mengajar di Sekolah Agama Al Furqan Bandar Baru Selayang.
Mengulas mengenai dakwaan tersebut, PU Abu bercadang menziarahi keluarga bekas anak muridnya itu Aidilfitri ini.
Katanya kepada Harian Metro, dia ingin menggunakan masa ketika Aidilfitri untuk bertemu dan bermaaf-maafan dengan kanak-kanak yang dikenali sebagai itu serta keluarganya.
"Insya-Allah, sekiranya ada kesempatan, saya akan menziarahi keluarga bekas anak murid ini," katanya.
Bagaimanapun dia terkilan kerana kisah tiga tahun lalu itu dibangkitkan semula.
"Perkara itu berlaku tiga tahun lalu. Saya bukan nak berlagak sebagai mangsa, tetapi cuma nak kongsi cerita penuh supaya tidak berat sebelah.
"Lagi pula, ketika kejadian yang dikatakan saya membuli kanak-kanak itu berlaku, ibunya tidak berada di sekolah," katanya.
Abu berkata, apa yang berlaku hanyalah gurauan antara seorang guru dengan anak muridnya.
"Saya bergurau dengan anak murid dan peluk dia. Kemudian, saya berikan wang kepadanya kerana selepas itu adalah waktu rehat.
"Akmal pun ketika itu bergelak ketawa dengan saya dan nampak gembira seperti biasa. Saya tak nampak pula dia menangis atau apa," katanya.
Keesokan harinya, keluarga kanak-kanak itu hadir ke sekolah dan bertemu dengan pihak pengurusan.
"Keesokan harinya, keluarganya datang ke sekolah. Di dalam bilik guru, mereka marah dan malu dengan tindakan saya. Saya jelaskan kepada mereka dan memohon maaf.
"Selepas itu, saya anggap isu itu dah selesai. Saya pun tidak lagi bergurau dengan Akmal selepas itu sementara murid lain boleh menerima gurauan saya," katanya.
Katanya, dia juga terkilan dengan tindakan ibu kanak-kanak itu dikenali sebagai Zahara Mohd Yusof yang berkongsi mengenai kisah lama itu di media sosial.
"Ketika nama saya tular kerana isu rumah tangga, isu lama itu dibangkitkan semula oleh ibu kanak-kanak itu dan saya anggap ada udang di sebalik batu," katanya.
Must-Watch Video