Skip to main content

Antarabangsa

Buat Pertama Kali Dalam 73 Tahun, Miss France Tidak Sertai Miss Universe 2026 - "Ia Tidak Selari Dengan ..."

Astro Gempak france

Sekilas

  • Organisasi Miss France mengumumkan mereka tidak akan menghantar wakil ke pertandingan Miss Universe 2026, buat kali pertama selepas 73 tahun menyertai.
  • Keputusan itu dibuat untuk mempertahankan identiti dan nilai yang diperjuangkan oleh Miss France, yang dilihat tidak lagi selari dengan hala tuju Miss Universe terkini.
  • Miss France masih membuka ruang untuk kembali menyertai pertandingan pada masa akan datang, sementara Miss Universe akan memperkenalkan struktur baharu untuk wakil Perancis mulai 2026.

Dunia ratu cantik dikejutkan dengan keputusan organisasi ratu cantik Perancis yang mengumumkan mereka tidak akan menghantar wakil ke pertandingan Miss Universe 2026.

Keputusan tersebut sekali gus mencipta sejarah apabila menjadi kali pertama Perancis tidak menyertai pertandingan berprestij itu selepas 73 tahun menyertai sejak tahun 1952.

Menerusi satu kenyataan rasmi yang dimuat naik di media sosial, pihak organisasi menjelaskan keputusan tersebut dibuat bagi mempertahankan identiti dan nilai yang selama ini menjadi pegangan mereka.

“Keputusan ini mencerminkan keinginan untuk kekal setia kepada identiti, nilai dan komitmen pertandingan Miss France,” kata organisasi itu.

Menurut mereka, perkembangan serta hala tuju pertandingan Miss Universe sejak kebelakangan ini didakwa tidak lagi seiring dengan prinsip yang diperjuangkan oleh organisasi berkenaan, terutama selepas pelbagai kontroversi yang timbul sepanjang edisi 2025.

Menurut kenyataan itu, pihak Miss France berpandangan bahawa perkembangan semasa pertandingan berkenaan tidak lagi seiring dengan visi yang mereka perjuangkan.

“Ia tidak lagi selari dengan perkembangan dan arah pertandingan antarabangsa kebelakangan ini,” menurut kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, pihak Miss France menjelaskan bahawa keputusan itu hanya melibatkan edisi 2026 dan mereka masih membuka ruang untuk kembali menyertai pertandingan tersebut pada masa akan datang.

Presiden Organisasi Miss France, Frédéric Gilbert turut mengakui bahawa pentas Miss Universe selama ini menjadi platform penting untuk memperkenalkan Perancis di peringkat antarabangsa. Namun, katanya, organisasi itu perlu kekal berpegang kepada prinsip yang menjadi identiti mereka.

“Tanggungjawab kami adalah memastikan kami kekal setia kepada nilai dan identiti pertandingan Miss France,” katanya.

Dalam masa sama, Organisasi Miss Universe mengesahkan bahawa satu struktur baharu akan diperkenalkan untuk Miss Universe France bermula bagi kitaran 2026. Mereka juga memaklumkan bahawa pihak antarabangsa akan memainkan peranan lebih besar dalam mengendalikan platform tersebut di Perancis.

Pengumuman itu mengundang pelbagai reaksi daripada peminat pertandingan ratu cantik di seluruh dunia. Ramai menyifatkan tindakan Miss France sebagai sesuatu yang berani, manakala ada juga yang tertanya-tanya tentang masa depan penyertaan Perancis dalam Miss Universe selepas ini.
 

Anda mungkin berminat dengan

TAKKAN - Nata Bow Sandals/Low Heels (New Collections)

TAKKAN - Nata Bow Sandals/Low Heels (New Collections)

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

L'Occitane Shea Hand Cream 75ml

L'Occitane Shea Hand Cream 75ml

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

Must Watch Video

Advertisement