,
Terkini

Didakwa Pernah Dilihat Berjualan Di Tengah Panas, Dua Beradik Ini Tahan ‘Azab’, Didera Guna Seterika Panas Di Rumah!

Gempak
06/04/2024
23:55 MYT
Seorang remaja dan seorang kanak-kanak yang dijaga sepasang suami isteri terpaksa menahan azab apabila didera secara fizikal sehingga mengalami kesan lecur pada badan dalam kejadian di sebuah rumah kedai di daerah keningau, Sabah.
Remaja lelaki berusia 13 tahun dan kanak-kanak berusia lima tahun itu masing-masing mengalami kesan lecuran pada badan akibat ditekap menggunakan seterika dan terkena air panas serta dipukul menggunakan kayu dan besi.
Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang pengadu lelaki pada Khamis yang mengesyaki bahawa mangsa telah didera.

Terima laporan

"Menurut pengadu, dia menyedari terdapat kesan luka pada mangsa remaja lelaki pada Selasa lalu ketika dia didatangi remaja tersebut di sebuah kedai snooker.
"Pada keesokan harinya, pengadu telah menerima gambar daripada rakannya berkaitan kesan luka seperti terkena seterika pada badan mangsa dan mengesyaki bahawa mangsa telah didera oleh seseorang sebelum tampil membuat laporan polis," katanya kepada Sinar Harian.
Susulan daripada laporan itu, Yampil berkata, siasatan telah dijalankan terhadap suspek iaitu seorang lelaki berusia 27 tahun bersama isterinya berusia 36 tahun di mana kedua-duanya adalah peniaga burger.
"Siasatan mendapati kedua-dua mangsa tiada pertalian saudara dengan pasangan suami isteri tersebut.
Bagaimanapun, mangsa remaja lelaki merupakan anak tiri kepada wanita tersebut di mana bapa kandungnya pernah berkahwin dengannya namun tidak lama kemudian telah dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan dadah.

Ibu tiri

"Mangsa dijaga oleh ibu tirinya itu namun telah berkahwin lain dengan suspek lelaki. Pasangan suami isteri itu juga telah mengambil seorang kanak-kanak untuk dijadikan sebagai anak angkat mereka," katanya.
Yampil berkata lagi, siasatan lanjut terhadap kedua-dua mangsa ialah beberapa siri kejadian penderaan dilakukan sejak 24 Mac lalu oleh pasangan suami isteri tersebut.
"Mangsa remaja didapati telah ditekap dengan menggunakan seterika oleh suspek wanita secara berulang kali di bahagian belakang badan selain turut dipukul menggunakan batang besi manakala suspek lelaki telah memukulnya menggunakan kayu pada belakang badan mangsa.
"Suspek wanita itu juga telah menyiram air panas di atas lantai dan memaksa kanak-kanak berusia lima tahun tersebut berdiri di atas air panas sehingga menyebabkan kakinya melecur. Selain itu, kanak-kanak tersebut turut ditekap menggunakan seterika pada bahagian kiri dan kanan tangan serta belakang badannya dan diletakkan sudu panas pada badannya.
"Suspek lelaki pula telah memukul belakang badan kanak-kanak itu dengan menggunakan batang besi selain turut ditendang pada kaki sehingga menyebabkannya terhempas dan terhantuk pada lantai," katanya.
Sehubungan itu, Yampil berkata, kes masih dalam siasatan pihaknya di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Terdahulu, viral di media sosial mengenai satu hantaran di Facebook oleh seorang individu yang berkongsi tentang dua beradik yang sedang berjualan di tengah panas.
Sumber: Sinar Harian

ARTIKEL TRENDING: "Kepada Isteri Mukminah, Tutuplah Aib Rumah Tangga" - Ustaz Ahmad Dusuki

ARTIKEL TRENDING: "Tidak Ada Belaskah Terhadap Arwah Ayah?"- Ustaz Ahmad Dasuki Tempelak Alasan Alya Iman Buka Tudung Tak Mahu Hipokrit

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mahu Heret Pengusaha Taska Ke Muka Pengadilan - Bapa Al Fateh

gempak
11/09/2024
04:25 MYT
Ibu bapa bayi lelaki yang maut dalam jagaan pengasuh taman asuhan kanak-kanak (Taska) pada Jumaat lalu akan menuntut bela atas kematian anak syurga mereka.
Viral

Bakar Tangan, Diliwat & Paksa Meliwat, Penghuni Didera Penjaga Rumah Kebajikan

gempak
08/09/2024
00:55 MYT
Bakar tangan, cabut rumput sehingga penuh plastik hitam dan salah laku seksual antara bentuk penderaan yang dilakukan sebuah rumah kebajikan yang bernaung di bawah sebuah syarikat berkaitan produk Islam terkenal. Malah, ada dalam kalangan mereka menjadi mangsa liwat dan lebih malang selepas diliwat mereka pula akan dipaksa meliwat rakan lain oleh p
Berita

Wanita Didera, Dikurung Dalam Kandang Babi Lebih Lima Tahun

gempak
02/09/2024
14:55 MYT
Seorang lelaki di Poland dituduh menahan dan mendera seorang wanita di dalam kandang babi selama lebih lima tahun, menurut laporan saluran Berita Polsat pada Ahad, memetik maklumat daripada pejabat pendakwa raya, seperti yang dilaporkan Agensi Berita Jerman (dpa).
Viral

Pemain Badminton Didenda RM25,000, Pukul Anjing Di Balkoni Rumah

gempak
30/08/2024
10:25 MYT
Seorang pemain badminton profesional didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Kajang pada Jumaat selepas mengaku bersalah memukul seekor anjing secara bertubi-tubi di balkoni rumahnya, bulan lepas.
Berita

Sudahlah ikat kaki dan tangan, Ibu Biarkan Anak Usia Enam Tahun Diserang “Pitbull” Sebagai Denda

gempak
29/08/2024
11:55 MYT
Hanya berusia enam tahun,tidak mempunyai kudrat untuk melawan namun tegarnya hati seorang ibu mengenakan hukuman dengan mengikat kaki dan tangan kanak-kanak tersebut.