Hiburan

"Kepada Isteri Mukminah, Tutuplah Aib Rumah Tangga" - Ustaz Ahmad Dusuki

gempak
Amri Hassan
04/04/2024
13:50 MYT
Sponsor Banner
"Kepada Isteri Mukminah, Tutuplah Aib Rumah Tangga" - Ustaz Ahmad Dusuki
Pendakwah Ustaz Ahmad Dusuki menasihatkan golongan isteri supaya tidak membuka aib sehingga menjadi tatapan umum sekiranya punyai masalah dalam rumah tangga .
Menerusi hantaran di Instagram, Ahmad Dusuki mengajak setiap pasangan yang berkahwin untuk mendekatkan diri kepada Allah demi keharmonian perkahwinan yang dibina.
“Khabarkan kepada setiap isteri mukminah, tutuplah aib rumah tangga kalian daripada terbuka dan didedah dalam kalangan masyarakat awam.
“Allah membuka jalan perdamaian dengan kedua-dua bertaubat dan kembali kepada Allah. Cintailah Allah, rumah tangga kita selamat,” tulisnya.

BERITA TRENDING: “Kalau Betul Aliff Masih Sayang, Kenapa Dia Buka Aib Saya?” - Bella Astillah

PILIHAN PEMBACA: Bella Astillah Dah Terlalu Penat! Tak Sangka Aliff Aziz Enggan Cerai - “Ingat Saya Suka Ke Naik Mahkamah…”Dalam masa sama, Ahmad Dusuki turut memberitahu Ramadan bukan bulan perceraian sebaliknya ambillah peluang ini untuk memohon keampunan.
“Khabarkan kepada semua mukmin dan mukminah, Ramadan bukan bulan perceraian dan melakukan dosa.
“Ramadhan Allah jadikan bulan keampunan dan maghfirahnya yang terlalu luas. Khabarkan lagi kepada para suami, bawalah rumah tangga kalian ke syuga Allah, bukan menghancur dan memusnahkan rumah tangga dengan kemaksiatan yang menghilangkan keberkatan,” katanya.

BERITA TRENDING: “Saya Buat Banyak Kesilapan, Dia Juga Sama” - Aliff Aziz Mahu Pertahankan Perkahwinan Dengan Bella Astillah

PILIHAN PEMBACA: "Masih Sayang..." - Aliff Aziz Tak Jadi Ceraikan Bella Astillah!Menerusi hantaran sama, Ahmad Dusuki turut berkongsi tangkap layar berita prosiding perceraian pelakon Bella Astillah yang terkejut apabila suaminya yang juga penyanyi Aliff Aziz enggan menceraikannya hari ini.
Perkongsian Ahmad Dusuki itu menarik perhatian ramai sehingga menerima lebih 13,000 tanda suka dan 600 komen.
Rata-rata bersetuju dengan pandangan dan pesanan yang diberikan Ahmad Dasuki kepada pengikutnya.
Bagaimanapun ada juga pengikut yang kurang senang dengan hantaran itu apabila ia membabitkan konflik rumah tangga Bella dan Aliff yang disifatkan kes yang luar biasa apabila Bella didakwa sudah dicurangi oleh suaminya sebanyak 11 kali.
“Maaf ustaz, bukan tak setuju kata-kata ustaz. Apa yang perlu di pertahankan lagi dah 11 kali curang, dengan bukti. Dia keluar atau dia nak cerai bukan haram kan? Kalau rumah tangga mmberi kemudaratan.
“Kalau saya anak kepada Bella, saya akan minta cerai daripada saya terus lihat mental anak saya tersiksa. Tak fasal gila dan baru dilepaskan. Agak-agak lah nak ‘back up’ Aliff.
“Ayat ustaz kami setuju 100 peratus,” komen beberapa netizen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live