Laman Utama

Didakwa 'Sondol' Rumah Tangga Bella Astillah Dengan Aliff Aziz, Ini Respon Sophia Albarakbah

gempak
Asyikin Mayudin
01/02/2023
23:43 MYT
Sponsor Banner
Didakwa 'Sondol' Rumah Tangga Bella Astillah Dengan Aliff Aziz, Ini Respon Sophia Albarakbah
Nama pelakon Sophia Albarakbah hangat diperkatakan netizen susulan isu dia didakwa menganggu rumah tangga pasangan selebriti Bella Astillah dan suaminya, Aliff Aziz.
Sophia bagaimanapun memilih untuk tidak memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut kerana bimbang ia boleh menjadi perbalahan antara semua pihak.
“I know sekarang topik ni tengah panas. I faham all you reporters and media sekadar buat kerja kan. Tapi honestly it's something yang i don’t like.
“I tak nak buat statement sebab nanti lagi teruk keadaan. Bayangkan, pihak sana buat statement lepas itu I buat statement lepas itu pihak sana keluar statement lagi.
“Jadi nanti jadi pergaduhan, lepas itu netizens pula akan pilih pihak ni pihak tu dan jadi perbalahan antara semua. Bukan something yang bagus kan?” kata Sophia secara eksklusif kepada Hlive.
Pada perkongsian di Instagram Hlive, Sophia turut berharap isu yang berlaku itu dapat diselesaikan secara peribadi antara pihak yang terlibat sahaja.
“Jadi I sangat harap rakan media akan biar benda ni hilang sendiri. Tak nak la orang keep up fasal issue ni please. Sebab now I tengah shooting drama ni dan kita nak fokus dan buat terbaik.
“Please just let this issue die down. Benda boleh diselesaikan antara pihak yang terlibat personally. Tak nak involve satu malaysia. I harap you faham,” kata Sophia.
Terdahulu, Bella mempertikaikan tindakan Sophia yang tidak menghadiri sidang media promosi drama lakonannya dengan Aliff Aziz pada petang Rabu.
Bella menerusi laman Instagram miliknya turut berkongsi paparan skrin mesej daripada Sophia yang memohon maaf kepadanya dan berjanji tidak akan menganggu Aliff lagi.
Dalam mesej perbualan itu, Sophia juga meminta agar Bella tidak memberitahu kedua-dua orang tuanya mengenai perihal itu kerana bimbang keadaan kesihatan bapanya yang sakit jantung.
Untuk info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun mereka bercerai pada 16 Mei 2019 disebabkan Aliff beberapa kali kantoi curang.
Pasangan itu kemudian rujuk semula dalam tempoh edah. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Mohammad Ayden Adrean, 5, dan Ara Adreanna, 2.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live