HIBURAN
Difitnah Ada ‘Sugar Daddy’, Ruhainies Bakal Buat Laporan Polis - “Saya Bersumpah Demi Allah, Tak Pernah…”
Didakwa mempunyai ‘sugar daddy’ dan dibela seseorang, pelakon Ruhainies menegaskan dia enggan memaafkan individu yang menabur fitnah terhadapnya.
Takkan maafkan
Meskipun individu itu sudah mengaku salah, namun Ruhainies nekad untuk membuat laporan polis berhubung perkara tersebut demi membersihkan namanya selepas dimalukan secara terbuka.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua Hari Sebelum Birthday, Ruhainies Terlantar Di Hospital - "Listen To Your Body..."
“Saya tak maafkan. Saya mahu selesaikan di balai polis. Saya mahu buat laporan polis. Saya mahu jumpa awak. Awak cakap saya dapat elaun dari sugar daddy.
“Saya bersumpah demi Allah, saya tak pernah dibela oleh sugar daddy atau seangkatan dengan itu seumur hidup saya.
“Dari mana awak dapat fitnah itu dan awak menfitnah saya hari ini depan umum,” kata Ruhainies menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Story beserta tangkap layar memaparkan perbualanya dengan wanita terbabit.
Titip pesanan
Dalam pada itu, pelakon berusia 33 tahun itu turut menasihati orang ramai agar berhati-hati dalam meninggalkan komen yang tidak menjatuhkan fitnah terhadap orang lain.
“Saya nak pesan, hidup ini hati kena bersih. Nampak orang lain happy jangan busuk hati. Menggigil tangan fikir nak fitnah apa supaya dapat ‘matikan’ orang.
“Tanpa sedar, diri itu telah lama mati bila sakit hati tengok orang lain bahagia. Jadi manusia jangan malas harap duit lelaki ya.
“Cari duit sendiri dan usaha upgrade diri. Supaya hati tak dengki tengok orang lain senang. Perangai kalau tak elok pun bukan kata sugar daddy, orang gila pun tak mahu,” ujarnya.
Sebelum ini, seorang wanita meninggalkan komen pada sebuah hantaran dengan mendakwa Ruhainies mendapat elaun bulan daripada ‘sugar daddy’.
Terkesan dengan komen tersebut, Ruhainies kemudian mendedahkan wajah dan meminta orang ramai membantunya mencari individu tersebut sebelum si pelaku memohon maaf secara peribadi kepadanya.
Must-Watch Video