Filem thriller dari Indonesia, Siksa Neraka tidak dibenarkan untuk ditayangkan di Malaysia dan Brunei.

Perkhabaran itu dikongsikan oleh pembekal kandungan Antenna Entertainments menerusi perkongsian di platform X.

Namun, sebab mengapa filem itu diharamkan tayangan di Malaysia tidak dikongsikan oleh mereka.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai seorang transgender yang mengakui ingin berubah selepas menonton Siksa Neraka, termasuk selebriti media sosial yang turut menyerupai wanita, iaitu Lucinta Luna.

BERITA TRENDING: Lepas Tengok Filem Siksa Neraka, Transgender Ini Insaf, Mahu Kembali Jadi Lelaki

Apakah yang menyebabkan perasaan takut menyelubungi penonton saat selepas menyaksikan filem berkenaan? Jom semak lima fakta mengenai filem Siksa Neraka:

1. Diadaptasi daripada komik popular tahun 1980-an




Komik misteri dan azab pernah popular sekitar era 80-an dan salah satunya adalah karya MB Rahimsyah. Diangkat berdasarkan komik tersebut, komik ini dikatakan menjadi kegemaran pembaca ketika itu yang membelinya di gerai menjual mainan di hadapan sekolah.

2. Menampilkan gambaran neraka




Sesuai judulnya, filem ini mempersembahkan adegan-adegan ngeri berbentuk hukuman yang dialami oleh manusia yang berbuat dosa. Sedutan filem ini pernah viral dengan sedutan beberapa babak yang digambarkan sebagai neraka dimuat naik di Youtube.

3. Teknologi CGI




Bagaimanapun, difahamkan adegan seksaan berkenaan dilakonkan dengan bantuan teknologi CGI.

4. Budget tinggi

Memetik dari pelbagai sumber, Dee Company selaku rumah produksi telah mengeluarkan bajet sekitar 5 miliar rupiah (RM1.5 juta). Anggaran itu digunakan untuk membina set, XR Virtual Screen dan kos CGI 3D Animation.

5. Dibintangi artis popular

Filem Siksa Neraka menampilkan deretan bintang berbakat dari pelbagai generasi seperti Safira Ratu Sofya, Astri Nurdin, Ariyo Wahab, Ricky Fachrel, Nayla D. Purnama, Kiesha Alvaro dan aktor senior Slamet Raharjo.