Pasangan kembar tiga yang dikenali sebagai Triplet Hisham menjadi perhatian di TikTok apabila mereka tidak mengenakan hijab ketika membuat siaran langsung di platform tersebut baru-baru ini.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan tidak menyangka kembar tiga itu secara tiba-tiba tidak lagi memakai tudung ketika membuat live memandangkan selama ini mereka sentiasa menutup aurat.

Biarpun menerima pelbagai kritikan dan kecaman di laman sosial, namun Triplet Hisham yang terdiri daripada Siti Aminah, Siti Khadijah dan Siti Aishah tampil menjawab segala tohmahan terhadap mereka.

“Hakikatnya pendapat kita semua berbeza-beza antara manusia. Tapi yang paling penting adalah siapa kita di mata Allah.

“Ukhuwah ni ibarat tasbih, ada permulaan, tak akan ada pengakhiran. Maka peliharalah sahabat-sahabat kalian selagi ada begitu juga keluarga kita.

“Jaga mulut, lidah tu lagi tajam dari pedang. Berapa banyak dah korang sakitkan hati orang lepas tu rasa diri korang lagi betul. Mintak maaf tak pernah pun.

“Dosa dengan Allah SWT, kita mohon ampun dengan Allah insya-Allah Allah boleh maafkan, tetapi dosa dengan manusia wajib mohon maaf kerana takut ia menyekat diri untuk ke syurga,” tulis mereka.