Pelakon dan produser, Datuk Fizz Fairuz akhirnya membuka mulut dan memberi kenyataan balas berhubung kritikan yang diterima gara-gara poster filem terbaharu terbitan dan arahannya, Mat Tudung Begins.
Fizz berkata, orang ramai tidak seharusnya menilai terlalu awal dan perlu melihat pengisian filem terlebih dahulu.
“Jangan nilai pada poster, pergi beli tiket tengok apa yang ada… insya-Allah,” katanya kepada Gempak.
Berbicara lanjut mengenai filem, Fizz berkata, dia sebenarnya sudah lama merancang untuk menerbitkan semula filem Mat Tudung yang pernah dijayakan sekitar sembilan tahun lalu.
“Saya ada tanya pada pihak penerbit sebelum ini sama ada nak sambung atau tidak, tetapi tiada jawapan daripada mereka.
“Mungkin sebab kekangan bajet atau ada sebab-sebab lain. Memang saya berminat nak buat sambungannya, cuma ia di bawah produksi Showbiz dan ambil masa juga nak minta kebenaran untuk pembikinannya,” katanya.
Jelas Fizz, setelah menunggu agak lama, akhirnya dia telah mendapat kebenaran daripada Datuk Norman Abdul Halim selaku penerbit Mat Tudung untuk menerbitkan judul itu sendiri pada Mei 2022.
Begitupun, Fizz menjelaskan untuk filem tersebut, ia bukanlah kesinambungan kepada jalan cerita filem pertama.
“Akhirnya hasrat saya ini terlaksana setelah saya dapat kebenaran untuk terbitkan sendiri, tetapi bukanlah Mat Tudung 2. Ia adalah prekuel yang bermakna kisah yang berlaku sebelum Mat Tudung pertama dan sebab itu tajuknya adalah Mat Tudung Begins.
“Filem ini akan menjelaskan tentang bagaimana Johari boleh belajar menjadi Mat Tudung dan rakan yang mencetuskan idea menyebabkan dia menyamar,” ujarnya.
Menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Damansara dan Genting Highland, Fizz berkata, Mat Tudung Begins masih mengangkat tema cerita sama iaitu tentang seorang lelaki yang menyamar menjadi wanita untuk menyelesaikan masalah yang melanda sebuah keluarga.
Dalam pada itu, Fizz menyatakan filem pertama arahannya itu menyajikan sebuah jalan cerita yang menarik serta sarat dengan elemen-elemen komedi yang mampu menghiburkan penonton.
“Bagi filem Mat Tudung Begins ini, saya percaya ia lebih kelakar berbanding yang sebelumnya dan saya yakin penonton akan rasa terhibur. Selain itu, saya juga menampilkan barisan pelakon-pelakon yang hebat dan turut diserikan lagi dengan kemunculan dua orang influencer terkenal,” kongsinya.
Lebih menarik lagi, Mat Tudung Begins turut menampilkan barisan artis popular seperti Achey, Isyariana, Fazlina Ahmad Daud, Kazar Saisi serta dua influencer popular media sosial iaitu Maryam Durian Kimchi dan Mimi Peri. Mat Tudung Begins mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Johari yang bekerja di sebuah hotel. Hotel tempat dia berkerja bakal menerima kedatangan juri The Forbest – iaitu sebuah badan penilai yang akan membuat penilaian sama ada hotel berkenaan layak mendapat tambahan bintang atau tidak. Namun pihak hotel diberitahu bahawa juri akan datang secara rahsia dan membuat penilaian selama satu minggu.
Hal ini sangat menggusarkan Abang Gee iaitu pengurus hotel tersebut. Kemudian Johari bersama rakan sekerjanya, Sabri mula mengesyaki bahawa sebuah keluarga yang datang menginap di situ merupakan juri The Forbest kerana lagak dan gerak-geri keluarga bersama anak mereka sangat mencurigakan dan mereka tidak kelihatan seperti keluarga yang sebenarnya.
Johari juga cuba mendekati Neesa anak kepada keluarga itu, tetapi gagal. Akhirnya Johari menggunakan kaedah menyamar menjadi seorang wanita bertudung bernama Johana, semata-mata mahu rapat dan mendekati Neesa.
BACA: Kesal Dengan Kenyataan Fizz Fairuz, Seniman Tampil Jawab Tuduhan Tiada Perkeso Untuk Penggiat Seni - "Ia Sedikit Sebanyak Menjejaskan..."
BACA: [VIDEO] Fizz Fairuz Pelik Almy Nadia Kena X-Ray Muka Di Hospital Sebab Batuik, Jawapan Netizen Ada Betulnya!
Izwan Isa
Sat Jul 15 2023
Aaron Aziz Pegang Watak Sebagai Abang Sulung Dalam Filem ‘The Experts’ - “Saya Tak Banyak Buat Aksi Cuma Ada…”
Mesti best filem The Experts!
Berdepan Masalah Jantung, Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL
Al-Fatihah...
Baru 12 Hari Kahwin, Suami Terkejut Isteri Rupa-Rupanya…
Disangkakan wanita, rupa-rupanya lelaki. Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang jejaka apabila identiti wanita yang dinikahinya terbongkar selepas baru sahaja 12 hari mendirikan rumah tangga.
Kutuk Payudara Bekas Isteri ‘Rata’, Ria Ricis Mahu Masukkan Silikon Tarik Nafsu Teuku Ryan
Selepas beberapa hari sah bercerai, nama Teuku Ryan dan Ria Ricis tetap hangat menjadi bualan
Guna Wanita Promosi Minyak Wangi & 'Pikat' Lelaki Ajnabi, Peniaga Ditegur Tak Endah Hukum Islam?
Umum sedia tahu penggunaan minyak wangi secara keterlaluan dalam kalangan wanita sehingga menarik perhatian lelaki adalah berdosa dan boleh menimbulkan ‘zina’ mata dan hidung sekiranya ada yang tertarik kepadanya.
"Tiada Duka Abadi Demi Kehidupan Yang Lebih Membahagiakan" - Coretan Ellie Suriaty Buat Bella Astillah
Pelakon prolifik Ellie Suriaty tampil menitipkan coretan buat Bella Astilah yang ketika ini sedang berdepan ujian rumah tangga bersama Aliff Aziz.
#Sheriff: Kutipan Cecah RM52 Juta! Penonton Ramal Boleh Kejar Polis Evo 3 -“ Power Adik-Beradik Ni!”
Alhamdulillah, tahniah Syafiq Yusof.
“Tiada Kenaikkan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas, Ada Isu Disiplin” - Perdana Menteri
Yang malas dan ada masalah disiplin awas ya.
Busana Nikah Afifah Nasir Jadi Perhatian - “Cantik Tapi Tak Sesuai, Suami Tu Elok Je Berbaju Melayu”
Baju nikah Afifah Nasir jadi perhatian.
Sultan Selangor Titah PDRM Siasat Hingga Ke Akar Umbi Kes Faisal Halim
Semoga pelaku cepat ditangkap.