Tiada angin tiada ribut, nama penyanyi dan pelakon Ayda Jebat kembali dipetik oleh seorang individu gara-gara video nyanyian secara langsung Aisyah Aziz viral di media sosial.

BERITA TRENDING: "Maaf, Lepas Gian!" - Ayda Jebat

Menerusi satu hantaran di platform X yang membincangkan mengapakah Aisyah Aziz masih sukar membina nama, individu terbabit mendakwa Malaysia hanya mengangkat penyanyi bimbo tanpa bakat dan meletakkan nama Ayda Jebat sebagai contoh.




Hantaran tersebut bagaimanapun mendapat perhatian tuan empunya badan. Menurut Ayda, tidak manis memberi label terhadap seseorang memandangkan manusia tidak tahu menahu apa yang akan berlaku pada hari yang mendatang.

Tidak hanya Ayda, beberapa netizen turut memberi sokongan terhadap juara The Masked Singer Malaysia Musim Ke-3 itu.

Ada juga yang menafikan penggunaan contoh Ayda seorang bimbo memandangkan dia mampu menyanyi dengan baik, selain mencipta lagu-lagunya sendiri.





Sepanjang berkarier, Ayda pernah meraih banyak anugerah termasuk Anugerah Planet Muzik.

BERITA TRENDING: Di Sebalik Nazar Cukur Kepala Nabil, Proses Berpantang Ayda Di Hotel, Uniknya Nama Aali Mateen & Sisi Kakak…