Berita
Dipenjara 9 Bulan, Diana Danielle Tetap Sayangkan Farid Kamil Walau Apa Pun Berlaku
Pelakon Datin Diana Danielle akui tetap menyayangi suaminya, Datuk Farid Kamil walau apa pun yang berlaku.
Menurut Diana, mereka perlu melalui dugaan itu dengan tenang walaupun terpaksa berpisah dengan Farid yang perlu menjalani hukuman penjara selama sembilan bulan.
“Life throws us lemons but we have mastered the art of making lemonades.
“We love you so so so so much no matter what,” tulisnya.
Posting berkenaan merupakan respon pertama Diana di akaun Instagram miliknya selepas keluar berita suaminya dipenjara.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik fotonya sekeluarga di dalam kereta.
Diana juga dilihat turut menutup ruangan komen di entri terbaharunya itu.
Pada Rabu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor memerintahkan Farid Kamil Zahari dihukum penjara sembilan bulan dan berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun selepas didapati bersalah menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) Januari tahun lalu.
Dalam prosiding itu, mahkamah juga tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman.
Berikutan itu Farid Kamil akan dibawa ke Penjara Kajang dan hukuman penjara itu diperintah bermula tarikh sabitan iaitu semalam (Rabu).
Must-Watch Video