,
Laman Utama

Ditanya Kebenaran Bakal Nikahi Zizi Kirana, Ini Respon Ringkas Yusuf Bahrin

Maliah Surip
18/09/2021
10:13 MYT
Khabar baik mengenai berita rancangan pernikahan di antara pelakon Yusuf Bahrin dengan penyanyi Zizi Kirana yang heboh diperkatakan hari ini masih dalam teka teki.
Gempak menghubungi Yusuf bagi mendapatkan pengesahan mengenai khabar dirinya akan menyunting penyanyi dengan nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil menerusi kiriman WhatsApp.
Pelakon tersebut bagaimanapun mengambil waktu beberapa jam sebelum menjawab persoalan yang dilontarkan kepadanya.
Tanpa mengiya atau menidakkan khabar tersebut, dengan sangat sopan, pelakon yang membintangi drama Perempuan Tanpa Dosa itu meminta maaf kerana tidak dapat menjawab rencana pernikahannya dengan Zizi Kirana yang dilaporkan akan berlangsung dalam masa terdekat.
Sebaliknya lelaki berusia 29 tahun itu mengucapkan terima kasih di atas doa (ucap tahniah atas pernikahan bersama Zizi Kirana jika benar) dan berjanji untuk kembali menghubungi penulis kelak.
"Mashaa Allah terima kasih atas doa awak tu.
"Tapi saya minta maaf sangat sangat sebab saya betul betul tengah sibuk urus hal family sekarang ini.
"In syaa Allah once dah selesai saya get back balik dengan awak ya," katanya menerusi balasan kiriman WhatsApp sebentar tadi.
Terdahulu anak kelahiran Selangor ini dikhabarkan akan menamatkan zaman bujangnya dengan penyanyi kelahiran Sabah, Zizi Kirana apabila ada sumber mengesahkan mereka sudah menghantar dokumen ke pejabat agama untuk urusan nikah.
Hubungan asmara mereka pertama kali dihidu selepas tular video rakaman Yusuf memanggil Zizi dengan panggilan ‘Sayang’ ketika mengadakan sesi IG Live pada beberapa minggu lalu.
Pelantun lagu Eh tersebut sebelum ini mengaku mula akrab dengan Yusuf sekitar dua bulan lalu melalui laman Instagram.
Namun, Zizi, 36, sudah mengenali pelakon yang berusia 7 tahun lebih muda daripadanya itu sewaktu sama sama menjayakan program All Together dan enggan melabelkan atau berharap terhadap hubungan baik mereka.
Instagram: @zizi_kirana, @yusuf_bahrin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Unitar