Terkini

Dituduh Curi RM85 Punca Pelajar Maut Dipukul

Gempak
23/03/2024
21:55 MYT
Dituduh mencuri RM85 merupakan punca seorang pelajar kolej maut dipukul oleh pelajar lain di asrama sebuah kolej vokasional di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa, Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, dengan sekumpulan penghuni asrama berkaitan masalah kehilangan wang yang berlaku di asrama tersebut.

Wang hilang

"Dalam kejadian itu dua pelajar yang masing-masing kehilangan wang berjumlah RM50 dan RM35 di mana mangsa telah dituduh sebagai pencuri dan dipukul sehingga mati oleh kesemua suspek.
"Susulan daripada itu, seramai 13 pelajar lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun yang disyaki terbabit dalam kes ini telah ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Katanya lagi, kesemua pelajar tersebut telah dibawa ke Mahkamah Majistret Lahad Datu dan telah membenarkan tahanan reman selama enam hari sehingga 29 Mac ini.

Rampas 12 telefon pintar

"Setakat ini, polis turut mengambil keterangan terhadap 12 saksi bebas termasuk empat warden asrama, pengawal keselamatan dan beberapa pelajar kolej terbabit.
"Pihak polis turut merampas 12 telefon pintar milik suspek.
"Selain itu, ujian saringan awal air kencing terhadap kesemua suspek didapati bebas daripada penyalahgunaan dadah," katanya.

Laporan penuh forensik

Rohan berkata, pihak polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat daripada Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi mengenal pasti punca kematian sebenar mangsa.
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan Mohammad Nazmie Aizzat ditemui maut di dalam asrama tersebut dipercayai akibat dipukul.
Mayat mangsa ditemukan dengan kesan lebam dan kecederaan pada tubuh badan dipercayai dipukul oleh rakan asrama di kolej tersebut.
Sumber: Sinar Harian

BERITA TRENDING: Pelajar Kolej Vokasional Ditemukan Meninggal Dunia, 13 Ditahan Bantu Siasatan

BERITA TRENDING: “Umur 7 Tahun Ke Atas Dah Boleh Minum” - Seriaunya Produk Supplemen Pemutih Kulit Sasar Pelajar Sekolah

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Ibu Bapa Albertine Leo Tidak Kenal Mana-Mana Suspek Culik, Polis Masih Teruskan Siasatan!

gempak
25/07/2024
10:25 MYT
Ibu bapa kepada Albertine Leo Jia Hui, 6, tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kelima-lima suspek yang direman bagi membantu siasatan kes penculikan kanak-kanak itu.
Sukan

Selepas Hampir Sebulan, Jasad Pemain Badminton China Masih Disimpan Di Hospital Yogyakarta

gempak
25/07/2024
01:30 MYT
Jasad pemain badminton China, Zhang Zhi Jie, yang meninggal dunia di geloanggang sewaktu dalam perlawanan Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, pada 30 Jun lalu, sehingga kini masih belum dituntut oleh pihak keluarganya.
Viral

"Dapat Petunjuk Ke Dapat Bisikan Iblis?" - Rita Rudaini Sokong Pihak Dapat Surat Layang Kes Zulfarhan Dihukum

gempak
24/07/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X surat layang yang didakwa dihantar penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk meminta bantuan warden bagi menyelamatkan Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Berita

Abang Farah Kartini Dakwa Jumpa Suspek 4 Hari Selepas Adik Hilang - "Dia Nampak Takut-Takut"

gempak
24/07/2024
17:00 MYT
Abang kepada Allahyarhamah Nur Farah Kartini iaitu Mohd Farriza Azmi mendakwa dirinya ada berjumpa dengan lelaki yang didakwa terlibat dengan kes pembunuhan adiknya sebelum suspek berkenaan ditahan pihak polis.
Viral

Cikgu Fadli Salleh Harap Kes Zulfarhan Jadi Iktibar - “Jangan Lagi Nak Sorok Kes Semata-Mata Jaga Nama, Nyawa Lebih Penting!”

gempak
24/07/2024
09:50 MYT
Guru Matematik terkenal, Mohd Fadli Salleh berharap kes buli yang melibatkan Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain menjadi iktibar di negara ini.