Seorang pengguna Platform X meluahkan rasa hampa apabila mendapat tahu panggilan dari pusat zakat yang mengumumkan bahawa dia memenangi cabutan bertuah bukanlah satu penipuan.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik, individu itu beranggapan bahawa panggilan tersebut merupakan dari scammer dan bersikap acuh tak acuh dengan apa yang cuba disampaikan.
Bagaimanapun, selepas memeriksa maklumat pemanggil, individu itu mendapat tahu bahawa panggilan yang dibuat adalah dari pusat zakat yang sebenar dan bukannya satu penipuan.
“Semalam ada pusat zakat tiba-tiba buat panggilan video, aku angkat. Dia kata menang cabutan bertuah.
“Bunyi macam scam. Aku jawab hadiah boleh bagi ke orang lain. Lepas letak call aku buat sikit fact check dan panggilan itu adalah benar,” tulisnya.