Penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun telah berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah pada 10 November yang lalu.

Menerusi entri di Instagram (IG), Hafiz berkongsi fotonya berlatarbelakangkan pemandangan Kaabah di samping memberi ruang kepada pengikutnya untuk mengirimkan doa.

"Selesai umrah, sebelum masuk waktu Subuh. Ada yang nak kirim doa, boleh lah tulis di komen insya-Allah ada ruang saya bacakan," tulisnya sebagai kapsyen.

Selesai Umrah, sebelum masuk waktu Subuh. Ada yang nak kirim doa, boleh lah tulis di komen insyaAllah ada ruang saya bacakan.

A post shared by Hafiz Hamidun (@hafizhamidun) on


Menerusi pemerhatian Gempak, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut sama meninggalkan komen di ruangan tersebut.

"Umrah mabrur haji! Doakan Siti ke sana lagi dan diberi peluang hamil lagi. Amin," tulisnya.

Komen tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang mendoakan semoga doa Siti akan termakbul nanti.

Terdahulu, Siti pernah meluahkan hasrat untuk menambah bilangan cahaya mata sebelum usia 43 tahun.

BACA: Siti Nurhaliza Ingin Tambah Anak Sebelum Usia 43 Tahun