Laman Utama
Dr Rafidah Tegur Pembuatan Crepe Viral - “Crepe Yang Saya Tahu Ada Buah-Buahan, Bukan...”
Pakar perubatan, Dr Rafidah Abdullah menegur satu perkongsian di platform X mengenai sepotong video crepe viral yang menjadi kegilaan sebahagian netizen.
Menerusi perkongsian di platform berkenaan, Dr Rafidah berkata, crepe menurutnya mengandungi buah-buahan, bukan sekadar krim dan gula semata-mata.
“Crepe yang saya tahu ada buah-buahan. Bukan seperti ini… macam mengundang kencing manis dan penyakit kronik sahaja,” tulisnya ringkas.
Meninjau balasan yang ditinggalkan oleh netizen, rata-rata menyokong teguran yang ditinggalkan oleh Dr Rafidah.
“Thanks doktor bersuara. Orang kita bila kasi nasihat dorang lawan. Berbeza pandangan. Benda tak elok kita tegur. Kalau merapu lawan terus demi kebaikan.”
“Diorang tau… tapi buat-buat tak tau sebab nak makan.”
Sebelum ini, Dr Rafidah pernah beberapa kali membuat teguran secara terbuka mengenai hal kesihatan, baik dari segi pemakanan, mahupun gaya hidup.
Must-Watch Video