Kisah dramatis Rendy Kjaernett curang dengan isterinya, Lady Nayoan sudah beberapa minggu menjadi perbualan masyarakat Indonesia.

Kisah Rendy curang dengan wanita bernama Syahnaz Sadiqah dibongkar sendiri oleh isterinya di laman media sosial. Syahnaz adalah adik bongsu kepada selebriti terkenal Indonesia, Raffi Ahmad.

BACA: Didakwa Ada Masalah Fetish & Curang, Virgoun Menangis Minta Maaf Pada Anak Bukan Isterinya

Syahnaz adalah isteri orang dan sudah memiliki anak, begitu juga dengan Rendy yang telah dikurnia dua cahaya mata bersama Lady.

Selepas berdiam diri, Rendy akhirnya tampil mengaku curang dan meminta maaf di atas kelakuan buruknya. Dia bagaimanapun berharap masih dapat menyelamatkan rumah tangga yang dibina.

Sewaktu menjadi tetamu saluran YouTube Curhat Bang Denny Sumargo, Rendy dengan terbuka menjawab beberapa spekulasi mengenai kecurangannya.

Antara yang dijawab dengan jujur oleh Rendy adalah mengenai dakwaan mempunyai tatu dengan wajah Syahnaz pada belakang badannya.

“Ya (wajah Syahnaz),” jawab Rendy seperti dilaporkan Kompas.

Kata Rendy dia mencacah tatu Syahnaz di belakang badannya kerana menyifatkan wanita itu sebagai ubat.

“Saya sakit dan dia ubatnya,” kata Rendy.

BACA: Plot Twist! Nafi Penyondol, Wanita Tuntut Permohonan Maaf Dari Virgoun & Isteri, Jika Tidak...

Lelaki berusia 35 tahun itu juga mengaku mula jatuh cinta dengan Syahnaz selepas sering mengadu masalah yang tidak mahu dikongsikan dengan isterinya.

“Saya ada masalah dan kongsi dengan dia. Hanya dia, jadi lama-lama ada perasaan nyaman dan semuanyalah,” dedah Rendy lagi.