HIBURAN
Dua Hari Amira Othman Dapat Bunga Berbeza, Irfan Haris ‘Spill The Tea’ - “Kakak Saya Memang ‘Blushing’ Sebab Bunga…”
Penyanyi, Irfan Haris mendedahkan kakaknya iaitu Amira Othman sering tersenyum selepas menerima jambangan bunga sebanyak dua kali pada hari berbeza.
Amira blushing dapat bunga
Irfan berkongsi perkara itu menerusi panggilan yang dilakukan oleh penyampai radio ERA, Fazziq Muqris dalam segmen Chingu ERA pada Rabu.
Bagaimanapun kata Irfan, dia tidak boleh berkongsi secara berlebihan kecuali perkara itu telah dikongsi sendiri oleh Amira.
“Sebenarnya orang sakit ni memang jaranglah blushing kan, tapi kakak saya blushing sebab bunga. Jadi saya pun tak boleh nak cakap lebih lah sebab tuan badan pun dah post seperti yang digembar gemburkan sekarang ini.
“Jadi kakak saya memang blushing sebab bunga, dalam masa dua hari dia dapat bunga yang berbeza. Saya tak boleh cakap lebih lebih nanti kena sumbat masuk stor,” katanya sambil berseloroh.
ARTIKEL BERKAITAN:Alami Tekanan Darah Rendah, Amira Othman Dapat Bunga Kedua Daripada Fattah Amin - “Abang Long Korang Sweet Sangat”
ARTIKEL BERKAITAN:Hadiahkan Sejambak Bunga, Netizen Gembira Fattah Upload Foto Amira Othman Di IG, Siap Usik - “Kenapa Kawan Sekerja Saya Tak Pernah Pun Post Macam Ni”
ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Fattah Amin Puji Amira Othman, Netizen Syak Fattah Amin Yang Komen - “Kalau Dah Love Biru Memang Confirm…”
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Takut Lelaki Baran…” - Amira Othman
ARTIKEL BERKAITAN:Irfan Haris Kongsi Momen Fattah Amin Datang Beraya, Ibu Siap Masak Lauk Kegemaran ‘Abang Long’ - “Kak Ya Cakap Semua Kena Pakai…”
Doa segera pulih
Dalam masa yang sama, Irfan juga tidak ketinggalan memohon agar pendengar ERA mendoakan kesihatan kakaknya itu segera pulih.
“Buat masa sekarang tekanan darahnya masih rendah dan kakak saya berada dalam pemantauan doktor.
“Saya mohon team ERA dan pemdengar doakan kakak saya cepat baik, insya-Allah,” ujarnya.
Berikut merupakan perbualan penuh Haris dan Fazziq:
Sebelum ini, Fattah ada memuat naik foto Amira di Instagram memperlihatkan penyanyi itu terlantar di wad sebuah hospital dengan memegang sejambang bunga tulip pemberiannya.
Must-Watch Video