Laman Utama

"Duk Sebar Dakyah Rebus Bunga Cengkih ..." - Farahanim Dedah Berjiran Artis Antivaksin, Bagi Klu Nama Mula Huruf RR & LL?

gempak
Amri Hassan
28/05/2021
04:50 MYT
Sponsor Banner
"Duk Sebar Dakyah Rebus Bunga Cengkih ..." - Farahanim Dedah Berjiran Artis Antivaksin, Bagi Klu Nama Mula Huruf RR & LL?
Ketika ramai yang sedang resah tentang situasi pandemik semasa COVID-19, ciapan pengacara Farahanim Razak di Twitter baru-baru ini menarik perhatian ramai.
Tulis Farahanim, dua jirannya yang merupakan artis antara individu yang rancak menyebar dakyah antivaksin di kawasan kejiranannya.
Tidak mendedahkan secara tersurat, Farahanim hanya memberikan gambaran nama artis tersebut bermula dengan pangkal huruf RR dan LL.
"Cuba teka siapa jiran jiran saya yang antivaksin? 2 pelakon start with RR & LL.
"Selalu duk sebar dakyah rebus bunga cengkih untuk elak COVID-19 serta COVID-19 adalah iluminanti. Allahu...," ciapnya.
Ciapan itu menimbulkan tanda tanya peminatnya yang turut cuba meneka nama kedua-dua pelakon terbabit.
Malah, ada yang menasihati Farahanim agar terus menjaga diri dan keluarganya selain patuh dengan saranan yang dikuatkuasakan pihak kerajaan.
Sehingga semalam, angka jangkitan COVID-19 di negara merekodkan catatan tertinggi seramai 7,857 orang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024