,
Hiburan

“Dulu Saya Memang Terfikir Mengapa Allah Berikan Saya Ujian Sebegini, Apa Salah Saya” - Nurul Shuhada

Asyikin Mayudin
07/09/2024
00:25 MYT
Diduga dengan pelbagai masalah hidup termasuk perceraian, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengakui kehidupannya kini sudah semakin baik.

Dapat bersama anak

Malah, Shuhada atau mesra dipanggil Shu yang kini menetap di Australia menganggap Allah telah menggantikan perkara yang lebih baik iaitu dapat bersama anak-anaknya.

“Dulu saya memang terfikir mengapa Allah berikan saya ujian sebegini, apa salah saya. Tetapi saya bersangka baik dengan Allah dan Dia gantikan saya dengan benda lebih baik.

“Jika dulu hidup bagaimana, tetapi sekarang ini Allah memberikan kepada saya kualiti hidup yang lebih baik. Allah izinkan saya untuk bersama dengan kedua-dua anak dan menetap di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Shuhada Teruja ‘Crush’ Follow TikTok, Selama Ini Usha Dalam Diam - “Ah Jerit Satu Rumah, Tapi Kita Takut Nak…”

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Pukul Bekas Isteri Diteruskan Dengan Perbicaraan, Hafidz Roshdi Kelihatan Sugul

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi Gembira Nurul Shuhada Tarik Balik Kes Pukul – “Saya Harap Berita Ini Membuka Mata Orang Luar Bahawa Kami…”

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Shuhada Tarik Balik Kes Dipukul Hafidz Roshdi
“Saya bukan hendak berlagak, tetapi saya hendak kalian semua percaya Allah tidak akan membebankan kita dengan perkara yang kita tidak mampu,” katanya dalam satu siaran langsung TikTok.
Jelas Shu, kehidupan yang lebih baik bukan bermaksud dia sedang berkenalan dengan lelaki lain dan turut menafikan dia sedang menjalin hubungan cinta dengan mana-mana individu.

Tak bercinta

“Saya katakan Allah akan menggantikan kita dengan yang lebih baik itu, bukan bermaksud menggantikan lelaki yang lebih baik. Tidak, saya di sini tiada sesiapa dan tidak bercinta dengan mana-mana lelaki.

“Setiap daripada kita mempunyai ujian hidup masing-masing. Saya juga bukan orang baik dan tidak lari daripada berbuat dosa, tetapi paling utama perlu meletakkan Allah sebagai nombor satu, insya-Allah,” ujarnya.

Terdahulu, Shu memaklumkan dia dan kedua anaknya sudah berhijrah ke Australia dan difahamkan menetap di Melbourne bagi menyambung pengajian di sebuah institut pendidikan.
Malah, dia juga tidak menolak untuk terus menetap di Australia dan tidak merancang untuk kembali ke tanah air dalam tempoh masa terdekat.
Sekadar info, Shu atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri mendirikan rumah tangga dengan Hafidz pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.
Bagaimanapun, pada 27 Julai 2023, pasangan tersebut sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam selepas hubungan mereka dilanda konflik.
Sumber: Kosmo! (Fadila Awaludin)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nurul Shuhada Teruja ‘Crush’ Follow TikTok, Selama Ini Usha Dalam Diam - “Ah Jerit Satu Rumah, Tapi Kita Takut Nak…”

gempak
13/08/2024
23:55 MYT
Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada meluahkan rasa keterujaan apabila lelaki yang diminati dalam diam mula mengikuti akaun TikToK miliknya.
Hiburan

Kes Pukul Bekas Isteri Diteruskan Dengan Perbicaraan, Hafidz Roshdi Kelihatan Sugul

gempak
13/08/2024
05:44 MYT
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu menetapkan 14 Oktober depan untuk sebutan semula surat representasi berhubung penarikan balik kes pelakon Hafidz Roshdi atas tuduhan mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri pada Mac lalu.
Hiburan

Dakwaan Isteri Kini Sedang Berbadan Dua, Hafidz Roshdi Tampil Beri Respons

gempak
14/07/2024
01:55 MYT
Mendapatkan jawapan Hafidz sendiri, dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kepada pihak media ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Majistriet Kuala Kubu Bharu, baru-baru ini.
Hiburan

Hafidz Roshdi Gembira Nurul Shuhada Tarik Balik Kes Pukul – “Saya Harap Berita Ini Membuka Mata Orang Luar Bahawa Kami…”

gempak
12/07/2024
05:25 MYT
Aktor Hafidz Roshdi meluahkan rasa syukur apabila bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri menarik balik kes pukul yang difailkan sebelum ini.
Hiburan

Nurul Shuhada Tarik Balik Kes Dipukul Hafidz Roshdi

gempak
12/07/2024
04:25 MYT
Bekas isteri kepada aktor sensasi, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada menarik balik kes dakwaan dicederakan oleh aktor itu pada tahun lalu.
BorakSeeni