Kisah peribadi Finalis All Stars Gegar Vaganza, Siti Nordiana pastinya sentiasa diintai peminat.

Terbaharu, Gempak menerima kiriman gambar dan video Nana dalam dua persalinan gaun serba putih sedang menjayakan sesi fotografi.

Dalam sesi berkenaan, Nana menyarung gaun serba putih siap bunga tangan yang mirip seperti sedang menjalani sesi fotografi perkahwinan.

Bagaimanapun, kesahihan sumber yang diterima tidak dapat dipastikan.

Semestinya ramai yang akan menantikan penjelasan sebenar daripada pelantun lagu Cinta Hanya Sandaran itu.

Sebelum ini, Nana menerusi temubual bersama media memberitahu dirinya selesa dengan kehidupan solo selama lebih 15 tahun selepas bercerai dengan bekas suaminya, pelakon, Allahyarham Mohd Faizal Yusup pada 2006.

Sudah lali soal jodoh, Nana mengakui tidak pernah meletakkan sebarang sasaran untuk menamatkan zaman solonya.

PILIHAN PEMBACA: All Stars Gegar Vaganza: Syafi Tee Belum Move On Dengan Nana, Netizen Siap Jodohkan - “Sepadan,…