Laman Utama

Elak Masuk Penjara, Cardi B Mengaku Bersalah Baling Botol & Serang Pekerja Kelab

gempak
Maliah Surip
17/09/2022
08:12 MYT
Sponsor Banner
Elak Masuk Penjara, Cardi B Mengaku Bersalah Baling Botol & Serang Pekerja Kelab
Rapper sensasi Cardi B mengaku bersalah melakukan jenayah di sebuah kelab sekitar empat tahun lalu bagi menyelamatkan dirinya daripada disumbat ke dalam penjara.
Kes jenayah pemilik nama sebenar, Belcalis Almanzar itu sepatutnya dibicarakan pada Khamis.
Namun Cardi B menukar fikiran dengan mengaku bersalah sebelum perbicaraan bermula.
Melalui kuasa guaman dan rundingan, penyanyi itu mengaku telah memulakan pergaduhan di sebuah kelab malam pada Ogos 2018.
Pengakuan bersalah itu menyebabkan Cardi B dan dua lagi tertuduh terlepas hukuman dipenjara.
Sebaliknya, setelah rundingan dijalankan dan kata sepakat, Cardi B dijatuhkan hukuman menjalani servis komuniti selama 15 hari.
Dia juga diperintahkan untuk tidak berada dekat dengan dua mangsanya dalam tempoh beberapa tahun.
“Saya telah melakukan beberapa keputusan buruk dalam kehidupan sebelum ini.
“Saya tidak takut untuk mengakuinya, namun ia tidak menjadi cermin siapa saya pada hari ini.
“Saya sangat memandang masa depan dan berharap dapat menjadi contoh yang baik kepada anak anak, keluarga serta rakan. Dan tentu juga teladan yang baik kepada peminat saya,” kata kenyataan Cardi B menerusi peguamnya seperti dilaporkan ABC.net.
Menurut pendakwaraya, Cardi B dan ‘rombongannya’ telah menjadikan pekerja di kelab Angels Strip Club di Flushing, Queens, sasaran keganasan, lapor Reuters.
Selain melempar kerusi dan botol minuman keras, Cardi B bersama rombongannya juga membaling alat penghisap shisha kepada dua pekerja di kelab tersebut.
Serangan tersebut dipercayai dilakukan Cardi B kerana cemburu. Penyanyi itu mendakwa salah seorang daripada pekerja kelab tersebut mempunyai hubungan sulit dengan kekasihnya, rapper Offset.
Kredit Foto: Reuters
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live