HIBURAN
Emma Maembong Nampak Makin Berseri Di Sisi DJ Kidd, Netizen Doakan Yang Baik-Baik - “Comel Pula Dorang Ni, Amboi Pandang Tak Lepas Tu”
Kehadiran pelakon, Emma Maembong bersama deejay kelab malam yang dikenali sebagai DJ Kidd di sebuah majlis anugerah menarik perhatian netizen.
Nampak semakin glowing
Emma yang menggayakan busana hijau dan korset berona merah jambu kelihatan begitu berseri dan tersenyum manis ketika berjalan beriringan dengan DJ Kidd.Foto tersebut yang dikongsi DJ Kidd menerusi hantaran di platform media sosialnya turut disertakan dengan kapsyen ringkas.
“I love pink (saya suka merah jambu),” coretnya.
Tatapan mata tak lepas
Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan yang baik-baik buat pasangan itu sekiranya mereka mempunyai hubungan cinta.Malah kata netizen, tatapan mata pasangan itu juga seolah-olah kelihatan mereka sedang bercinta.




Malah, Emma dan lelaki berkenaan turut didakwa bercuti bersama di luar negara berdasarkan gambar tular dalam media sosial.
Emma bagaimanapun menafikan dakwaan sudah berkahwin dan menegaskan tiada hubungan istimewa dengan DJ Kidd.
Pada Oktober tahun lalu, Emma mendedahkan sudah bercerai dengan Muhammad Shazli Azhar selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 5 dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia dua tahun.
Must-Watch Video